• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 2024 bagi mengetengahkan pelbagai isu membabitkan kebajikan dan hak pekerja sektor perbankan.

Menerusi beberapa hantaran berasingan di media sosial semalam, NUBE mendakwa isu yang dibangkitkan menerusi surat berkenaan bagaimanapun masih belum memperoleh penyelesaian yang memuaskan sehingga kini.

Dakwa kesatuan itu, kira-kira 15,000 pekerja bank terkesan dengan isu yang diperjuangkan termasuk berkaitan Perjanjian Kolektif ke-20 (CA20), bantuan perayaan, hak kesatuan sekerja serta kebajikan pekerja dalam kelompok B40 dan M40.

NUBE berkata, kesannya bukan sahaja dirasai pekerja terbabit, malah turut melibatkan puluhan ribu ahli keluarga dan tanggungan mereka yang bergantung kepada pendapatan bulanan pekerja berkenaan.

“Kami masih belum menerima jawapan yang memuaskan atau melihat penyelesaian kepada isu-isu yang dibangkitkan. Isu-isu ini berada dalam bidang tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan,” menurut hantaran tersebut.

NUBE pada masa sama membangkitkan apa yang disifatkannya sebagai jurang antara seruan kerajaan supaya syarikat menjaga kebajikan pekerja dan berkongsi kemakmuran secara adil dengan pengalaman yang didakwa sedang dihadapi pekerja bank.

“PMX terus bercakap tentang kebajikan pekerja, perkongsian kemakmuran dan keadilan dalam GLC, sedangkan pekerja bank yang berkali-kali mengadu masih menunggu penyelesaian.

“Kalau kata-kata tidak disusuli tindakan, apa nilainya kepada pekerja? Ucapan tidak membayar bil. Janji tidak mengisi peti sejuk. Pekerja perlukan tindakan,” katanya.

Susulan itu, NUBE mengumumkan akan hadir ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 3 Oktober ini bagi mendapatkan penjelasan dan penyelesaian terhadap isu yang dibangkitkan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial NUBE Malaysia

Tags: 43 Surat Kepada PMXAnwar IbrahimHantarKesatuan Pekerja BankNUBE
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd