• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Laporan Dibuat Sanusi Dakwaan Diancam – Ketua Polis Negara

oleh Mohd Arshad
07/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada Laporan Dibuat Sanusi Dakwaan Diancam – Ketua Polis Negara
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Tiada laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan terdapat perangkap yang dipasang individu tertentu bagi mengancam Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sehingga menyebabkan beliau tidak hadir ke Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) di Padang Awam Taman Ria, Kedah malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis sedia menjalankan siasatan sekiranya terdapat laporan dibuat oleh pemimpin berkenaan.

Kata beliau, dalam situasi itu, sepatutnya pegawai peribadi Menteri Besar Kedah memaklumkan kepada pihak berkuasa jika mengesan sebarang ancaman dibuat terhadap beliau.

“Untuk maklumat, pengawal peribadi beliau (Muhammad Sanusi) merupakan anggota polis. Jadi sekiranya beliau ada maklumat berhubung perkara itu, perlu maklumkan kepada pihak kita (polis) agar tindakan lanjut dapat dilakukan.

“Tindakan ini perlu agar kawalan beliau (Muhammad Sanusi) dipertingkat oleh pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Razarudin mengingatkan kepada mana-mana individu agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu kerana dibimbangi boleh mengugat ketenteraman awam.

Kata beliau, mana-mana indvidu termasuk calon yang bertanding dalam pada pilihan raya negeri (PRN) yang menerima sebarang ancaman atau ugutan boleh tampil membuat laporan agar siasatan dapat dilakukan.

“Kita (polis) sedia siasat sekiranya ada laporan berhubung dakwaan-dakwaan seumpama ini. Asalkan ia tidak menimbulkan kegusaran awam,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Muhammad Sanusi didakwa telah dinasihatkan untuk tidak hadir ke Ceramah Mega PN di Padang Awam Taman Ria, Kedah malam tadi.

Ketiadaan Sanusi menyebabkan ribuan penyokong parti itu yang hadir kecewa.

Muhammad Sanusi sepatutnya menyampaikan ucapan dalam ceramah sepentas bersama Pengerusi PN Merbok yang juga Ahli Parlimen Merbok, Mohd. Nazri Abu Hassan dan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Afnan Hamimi yang juga bekas Setiausaha Politiknya ketika mengumumkan ketiadaan Menteri Besar Kedah pada program itu menjelaskan, Muhammad Sanusi tidak dapat hadir kerana dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian.

“Saya nak baca kertas ini tulis berita yang menyedihkan. Pagi tadi (semalam) Menteri Besar mesyuarat di Kuala Lumpur, mesyuarat penting. Dalam mesyuarat tersebut dibincang beberapa perkara penting, perkara besar. Daripada itu dinasihatkan beliau tidak meneruskan ceramahnya pada malam ini.

“Ini kerana ada perangkap yang dipasang oleh musuh, perangkap itu menghendaki Menteri Besar kita masuk ke dalam itu, (kemudian) dia pegang dan buat sesuatu kita tak jangka, jadi dalam waktu ini kita kena bersedia segala kemungkinan,” katanya pada program berkenaan.

Kelmarin, Muhammad Sanusi turut tidak hadir ke program Sembang Santai Bersama calon PN DUN Lunas dan Merbau Pulas yang berlangsung di Padang Awam Taman Serai Wangi di Padang Serai.

-Utusan Online

Tags: Ketua Polis Negaralaporan polisSanusi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas merancang untuk mengadakan 'Himpunan Mempertahankan DYMM Tuanku Sultan Selangor' Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd