• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sanusi Boleh ‘Claim’, Tapi Itu Fitnah – Fahmi Fadzil

oleh Mohd Arshad
06/08/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Sanusi Boleh ‘Claim’, Tapi Itu Fitnah – Fahmi Fadzil
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG : “Dia (Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor) boleh ‘claim’ (dakwa), tapi itu fitnah,” kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berhubung naratif terbaharu dibawa pembangkang berhubung isu pelaburan RM25 bilion di Kulim, Kedah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Fahmi berkata, semua pihak perlu memahami bahawa Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech) adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, kenyataan dibuat Muhammad Sanusi jelas satu fitnah dan ia harus diperbetulkan.

“Saya ingin jelaskan bahawa pelaburan RM25 bilion oleh firma Jerman, Infineon Technologies AG (Infineon) itu dibuat oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Dalam urusan tanah ia membabitkan kerajaan negeri tapi pelaburan yang masuk itu di bawah Kerajaan Pusat,” katanya ketika ditemui pada
Majlis Penyampaian Watikah Komuniti Madani Peringkat Zon Selatan Negeri Selangor 2023, di sini hari ini.

Sementara itu, Fahmi berkata, beliau juga mahu rakyat Kelantan tidak keliru dengan kenyataan dibuat Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berhuhung isu air di Kelantan.

Menurutnya, kenyataan Nik Zawawi bahawa air di bawah Kerajaan Pusat juga adalah satu fitnah kerana urusan air adalah di bawah pengurusan negeri.

“Saya rasa beliau kena teliti dan bincang balik dengan bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung perkara itu,” katanya.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi menjelaskan pelaburan RM25 bilion oleh Infineon Technologies AG dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah bukannya Kerajaan Pusat.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menjelaskan pelaburan itu dibawa masuk hasil rundingan Kerajaan Perpaduan dengan pelabur dari Jerman.

Anwar menjelaskan, keputusan itu dicapai setelah Kerajaan Negeri Kedah membuat rundingan selama 13 bulan, namun gagal mencapai kata putus.

Infineon sebelum ini mengumumkan rancangan syarikat untuk membina kilang di Kulim, Kedah bagi mengeluarkan 200 milimeter (mm) Power Fab SiC (silicon carbide) terbesar di dunia.

-Utusan Online

Tags: Fahmi FadzilfitnahSanusi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa kesal atas tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd