• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rampasan Kuasa Di Gabon: Rakyat Malaysia Dilaporkan Selamat

oleh Mohd Arshad
30/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rampasan Kuasa Di Gabon: Rakyat Malaysia Dilaporkan Selamat
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Rakyat Malaysia yang berada di Gabon dilaporkan dalam keadaan selamat susulan rampasan kuasa pihak tentera di negara Afrika Tengah itu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Perkara itu disahkan Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja (ditauliahkan serentak ke Gabon), hari ini.

“Kesemua rakyat Malaysia di Gabon yang berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja berada dalam keadaan selamat.

“Pihak suruhanjaya sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini di Gabon,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja beralamat di No 4A, Plot 2232 B, Rio Negro Close Off Yedseram Street, Maitama Abuja, Nigeria.

Pihak terbabit juga boleh dihubungi di talian +234 92908488 atau +234 7031365197 serta e-mel di [email protected].

Menurut kementerian, perkembangan terkini mengenai insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, sekumpulan pegawai kanan tentera Gabon muncul di saluran televisyen nasional awal tadi dan memaklumkan sudah merampas kuasa.

Pengumuman itu dibuat beberapa minit selepas badan pilihan raya negeri mengumumkan Presiden Ali Bongo menang buat penggal ketiga dalam pilihan raya umum negara itu.

Ketika muncul di saluran televisyen Gabon 24, pegawai berkata, mereka mewakili semua pasukan keselamatan dan pertahanan di negara Afrika Tengah itu.

Mereka berkata keputusan pilihan raya dibatalkan dan semua sempadan ditutup sehingga diberitahu kelak selain institusi negeri dibubarkan.

-Harian Metro

Tags: Gabonrakyat Malaysiarampasan kuasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd