• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Buat Eksperimen Undi Di Selangor, Boleh Jejas Kestabilan, Kemakmuran Rakyat

oleh Mohd Arshad
06/08/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Jangan Buat Eksperimen Undi Di Selangor, Boleh Jejas Kestabilan, Kemakmuran Rakyat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pengundi di Selangor diingatkan supaya tidak melakukan eksperimen ketika melaksanakan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini kerana boleh mengganggu dan menjejaskan kestabilan dan kemakmuran dinikmati rakyatnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peringatan itu dikeluarkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, yang mahukan kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri yang selama 15 tahun menempa pelbagai kejayaan, khususnya dalam bidang ekonomi.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, berkata sebarang cubaan untuk bereksperimen dalam memilih pentadbiran kerajaan negeri, dikhuatiri berisiko menjejaskan kesinambungan itu.

“Selangor memerlukan kesinambungan pentadbiran untuk kestabilan dan kemakmuran… pilihlah yang terbukti jelas melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.

“Kita tidak boleh bereksperimen, kalau bereksperimen (ketika PRN), ia boleh mengganggu kerana Selangor adalah nadi kepada ekonomi negara ini.

“Sehubungan itu, kepada seluruh pengundi di Selangor, jalankan tanggungjawab anda kerana lima tahun akan datang ini, kita perlukan kesinambungan,” katanya pada program Soal Rakyat yang disiarkan menerusi TV3.

Sebelum ini, pelbagai kaji selidik dan penganalisis meramalkan Selangor bakal menjadi medan pada PRN kali ini kerana komposisi kaum pengundinya hampir sama, selain antara negeri paling maju di Malaysia.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pertumbuhan ekonomi Selangor melebihi pertumbuhan nasional sebanyak 3.2 peratus, iaitu 11.9 peratus berbanding 8.7 peratus kadar nasional.

Sektor pembuatan Selangor menyumbang satu pertiga daripada keseluruhan industri pembuatan di Malaysia, meningkat 9 peratus tahun lalu, manakala sektor pembinaan melebihi satu pertiga daripada aktiviti seluruh negara iaitu bersamaan dengan 34.1 peratus.

Sektor perkhidmatan Selangor juga terus rancak dan mencatatkan pertumbuhan paling tinggi berbanding mana-mana negeri iaitu sebanyak 13.6 peratus pada tahun lalu.

Menurut satu kaji selidik terbaru membabitkan lebih 1,000 pengundi pelbagai kaum di Selangor menunjukkan PH boleh kekal berkuasa dengan syarat peratus keluar mengundi dalam kalangan pengundi Melayu dan bukan Melayu adalah sama.

Kaji selidik itu juga menunjukkan Perikatan Nasional (PN) boleh menawan Selangor jika peratusan keluar mengundi yang rendah dalam kalangan bukan Melayu dan jika satu pertiga daripada pengundi Melayu PH-Barisan Nasional (BN) menyokong gabungan pembangkang itu.

Selangor bersama lima negeri lain iaitu Kelantan, Kedah, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan berdepan dengan PRN, 12 Ogos ini membabitkan lebih sembilan juta pengundi dan 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Minggu lalu, PH dan BN melancarkan ‘Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun’ dalam usaha memenangi hati pengundi membabitkan lima kerangka utama dengan 53 tawaran.

Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun meliputi ekonomi unggul dan pendidikan berkualiti pemangkin peluang pekerjaan berpendapatan tinggi (14 tawaran); agama sebagai cahaya dan inspirasi kehidupan bermaruah di Selangor (10 tawaran); serta perkhidmatan kerajaan yang cekap dan efisien (lima tawaran).

Selain itu, pembangunan mampan, selesa, dan berdaya huni (13 tawaran), manakala Selangor negeri penyayang yang membela kepentingan rakyat (11 tawaran).

PN pula menawarkan pakej rangsangan bertemakan ‘Selangor Baharu, Kita Bangkit’ merangkumi tujuh tunjang utama, 25 pendekatan dan 112 tawaran.

Tujuh tunjang itu adalah Semarak Masyarakat Harmoni, Sejahterakan Kehidupan Rakyat, Junjung Prinsip Tadbir Urus dan Politik Yang Bersih, Ekonomi Masa Hadapan Yang Utuh, Wanita Teras Masyarakat dan Ekonomi Negeri, serta Alam Lestari dan Infrastruktur Bestari.

Ia termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor membabitkan lebih RM2 bilion, Inisiatif Bantuan Prihatin Keluarga Selangor dengan peruntukan RM312 juta setahun bagi membantu 65,000 keluarga yang memerlukan menerusi bantuan bulanan RM400 bagi pembelian barangan asas.

Amirudin berkata, adalah penting bagi rakyat Selangor menjalankan tanggungjawab mereka dengan matang dan hati terbuka, bukan dengan perasaan amarah atau kebencian.

Beliau berkata, bersama dengan rakan di BN yang mempunyai tradisi membangunkan negara sejak zaman kemerdekaan pada 1957 lagi, ia adalah gabungan mantap bagi membawa Selangor ke peringkat lebih baik.

“Kita melaksanakan pentadbiran yang telus, beramanah dan integriti dengan mengekalkan sikap sederhana dalam menuju pembangunan Selangor.

“Ia mengambil kira aspek kompetensi masyarakat melalui pengukuhan sistem pendidikan, latihan kemahiran kepada sumber manusia dan kehidupan rakyat yang bahagia dan lestari.

“Malah melalui Iltizam Selangor Penyayang, kita cuba menjadikan Selangor negeri idaman untuk setiap orang tinggal, dengan menangani kemiskinan… ini peluang yang ada di negeri ini,” katanya.

BHonline-

Tags: eksperimenPRNselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd