Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

Pesawat TUDM Terpaksa Lakukan...

Subang : Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan pendaratan cemas...

TLDM Selamatkan Nelayan Indonesia...

LUMUT - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyelamatkan empat awak-awak dan seorang tekong...

Pemilik Pertama Suara Nobita...

PEMILIK suara pertama watak Nobita dalam siri kartun popular Jepun Doraemon, Yoshiko Ota,...

Bank Rakyat Sumbang Van...

KANGAR - Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail (MTSPJ) di sini hari ini menerima...

Filipina, Taiwan Turut Bantah Peta Standard China

KUALA LUMPUR: Selepas Malaysia dan India tidak mengiktiraf Peta Standard China Edisi 2023 yang dikeluarkan Beijing, dua lagi negara iaitu Filipina dan Taiwan, turut membuat bantahan.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Filipina menerusi Jabatan Hal Ehwal Luar berkata, peta edisi 2023 itu percubaan terbaharu China untuk menghalalkan kedaulatan dan bidang kuasa ke atas Filipina.

Negara itu berkata, dakwaan zon maritim di bawah bidang kuasa China juga tidak mempunyai asas di bawah undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS).

Filipina berkata, keputusan Anugerah Timbang Tara 2016 juga sudah membatalkan tuntutan Sembilan Garis Putus, yang sebelum ini menjadi asas tuntutan 90 peratus wilayah maritim di Laut China Selatan.

“Ia jelas menyatakan kawasan maritim Laut China Selatan merangkumi kawasan Sembilan Garis Putus itu, selari konvensyen dan tanpa kesan perundangan yang boleh membawa kepada sempadan geografi dan substantif kawasan maritim China di bawah konvensyen itu’,” katanya seperti yang dilaporkan GMA News.

Filipina juga meminta China bertindak secara bertanggungjawab dan mematuhi kewajipan di bawah UNCLOS dan Anugerah Timbang Tara 2016 yang muktamad dan mengikat.

Ketika ini, sebahagian Laut China Selatan di perairan negara Filipina menggunakan nama Laut Filipina Barat.

Dalam perkembangan sama, Kementerian Luar Negeri Taiwan juga menolak tuntutan yang dikeluarkan China itu dengan mengatakan negara itu berdaulat dan merdeka.

“Taiwan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka dan tidak bergabung dengan Republik Rakyat China

“Republik Rakyat China tidak pernah memerintah Taiwan. Ini adalah fakta dan status quo yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Tidak kira bagaimana kerajaan China memutarbelitkan tuntutannya terhadap kedaulatan Taiwan, ia tidak dapat mengubah fakta objektif kewujudan negara kita,” kata kementerian itu kepada portal Nikkei Asia.


Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Sumber Asli China menerbitkan Peta Standard China Edisi 2023 yang meliputi sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak.

Peta itu antara lain menggabungkan kawasan yang menjadi pertikaian, khususnya membabitkan kawasan Arunachal Pradesh, wilayah Aksai Chin, Taiwan dan Laut China Selatan.

Peta itu turut membabitkan kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (ZEE) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

Sehubungan itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan, berkata Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam Peta Standard China Edisi 2023, yang meliputi kawasan maritim Malaysia.

Katanya, peta itu yang menunjukkan tuntutan maritim sepihak China dan melangkau kawasan maritim Malaysia di Sabah dan Sarawak, sama sekali tidak mengikat Malaysia.

Tegasnya, Malaysia kekal dengan pendiriannya dalam isu tuntutan dan persempadanan maritim di Laut China Selatan, yang secara konsisten menolak tuntutan kedaulatan, hak kedaulatan dan bidang kuasa mana-mana pihak asing ke atas fitur maritim atau kawasan maritim negara berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979.

India kelmarin juga menolak peta standard baharu China yang menunjukkan negeri Arunachal Pradesh sebagai sebahagian wilayah China.

Jurucakap Kementerian Luar Arindam Bagchi dalam satu kenyataan berkata, mereka sudah mengemuka bantahan keras melalui saluran diplomatik mengenai apa yang dipanggil ‘peta standard’ China 2023 yang menuntut wilayah India

Peta itu turut termasuk wilayah Aksai Chin yang India anggap sebagai sebahagian daripada Ladakh tetapi berada di bawah kawalan China sejak 1962.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori