Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pengesahan Penarafan Kredit Oleh...

MALAYSIA telah mendapat pengesahan penarafan kredit asing jangka panjang pada 'A-' dengan prospek...

Bekas Pengarah Urusan FTC...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Urusan Felcra Training & Consultancy Sdn. Bhd. (FTC)...

Berbalut 24 Jam Sehari

Puchong: "Setiap empat jam saya gunakan pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit anak saya,"...

Sekat Royalti Minyak, Kit...

DAP didakwa terus melakukan diskriminasi terhadap negeri Melayu Kelantan dan Terengganu apabila dilapor...

Belum Ada Keputusan Cadangan Naikkan Harga Beras

PAPAR: Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung langkah untuk menaikkan harga beras berikutan tindakan negara pengeksport yang menghentikan penghantaran bahan makanan itu.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, bagaimanapun berkata kementeriannya meneliti secara dekat setiap isu yang berkaitan dengan sumber bekalan bahan makanan dari luar negara, termasuk beras import.

Katanya, penelitian itu dibuat sepanjang masa supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi memastikan kestabilan harga bahan makanan terbabit di negara ini.

“Apabila kita bergantung kepada bekalan sumber bahan makanan import menyebabkan kita tertakluk kepada isu berbangkit di negara pengeksport, dasar kerajaan mereka dan geopolitik seperti konflik Russia-Ukraine.

“Jadi, kita meneliti secara dekat setiap masa isu yang berkait dengan sumber bekalan luar dan bagaimana kita dapat pastikan kestabilan harga,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan berlaku kenaikan harga beras berikutan tindakan negara pengeksport khususnya India menghentikan eksport beras putih, baru-baru ini.

Armizan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), berkata bagi jangka masa panjang, usaha sedang dilaksanakan bagi menggalakkan pesawah di seluruh negara untuk meningkatkan penanaman padi.

“Baru-baru ini Perdana Menteri memberi galakan dengan menaikkan harga padi kepada petani dengan jumlah yang cukup tinggi untuk memastikan rakyat yang melaksanakan penanaman padi terus menanam padi sebagai sumber bekalan tempatan kita,” katanya.


Selain padi, Armizan berkata kerajaan juga melihat keperluan untuk memulakan tanaman lain yang kebanyakannya diimport bagi memastikan masih ada sumber tempatan jika negara pengeluar menghentikan eksport.

Katanya, walaupun kos mengeluarkan sendiri bahan makanan terbabit lebih mahal berbanding dengan mengimportnya, ia perlu dilakukan juga demi jaminan bahan makanan negara.

“Walaupun hakikatnya sebahagian tanaman itu kalau ditanam di negara kita kosnya lebih tinggi berbanding import, kita tiada pilihan sebab landskap baharu dunia hari ini, kita tidak boleh 100 peratus bergantung kepada sumber bekalan dari luar.

“Kita perlu juga ada tahap sara diri (SSL) di peringkat domestik. Antaranya gula, 100 peratus sumber gula mentah adalah dari luar iaitu Brazil sebab India sudah menghentikan eksport bukan hanya ke Malaysia.

“Ini perkara yang perlu kita tengok berkaitan dengan bekalan gula dan ada cadangan beberapa lokasi dikenal pasti di Semenanjung untuk dimulakan kajian dikembalikan semula projek tanaman tebu di kawasan bersesuaian,” katanya.

Armizan berkata, kerajaan Sabah dan Sarawak juga disaran mengambil inisiatif yang sama untuk memulakan penanaman bahan makanan penting termasuk tebu, selain meningkatkan penanaman padi di kawasan yang sesuai.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori