• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Perlu Beri Penekanan Peralatan Berteknologi Tinggi Untuk Rejimen Gerak Khas – Sultan Johor

oleh Mohd Arshad
12/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
ATM Perlu Beri Penekanan Peralatan Berteknologi Tinggi Untuk Rejimen Gerak Khas – Sultan Johor
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah kepemimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu memberi tumpuan khas terhadap peralatan berteknologi tinggi bagi Rejimen Gerak Khas.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Dalam hantaran terbaharu di laman sosial, baginda bertitah, perkara itu bagi memastikan rejimen berkenaan terus memberikan khidmat dan mampu menyempurnakan misi dipertanggungjawabkan.

“Saya berharap pucuk pimpinan ATM akan terus memberikan keutamaan dalam pemilikan dan peningkatan perolehan pada masa akan datang,” titah baginda yang dibacakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) bertitah demikian pada titah ucapan sempena sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-58 di Kem Iskandar di Mersing, hari ini.

Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada pimpinan ATM dan Tentera Darat Malaysia atas keprihatinan serta kesungguhan dalam memastikan segala keperluan kelengkapan, persenjataan dan aset Rejimen Gerak Khas berada pada tahap membanggakan.

“Pembangunan keupayaan Gerak Khas dapat dilihat dengan peningkatan perolehan aset perairan, persenjataan, komunikasi, peralatan penerjunan serta penambahbaikan kemudahan latihan seperti pembinaan kolam selam tempur.

“Ini termasuk ‘air craft compass wing’ dan menaik taraf rumah tempur jarak dekat,” titah baginda.

Bersempena sambutan berkenaan, Tunku Ismail turut berkenan menyampaikan Anugerah Jaguh Sukan Gerak Khas pada majlis yang berlangsung di Hangar Skuadron Perahu Khas.

-Berita Harian

Tags: ATMPeralatan Berteknologi TinggiRejimen Gerak KhasSultan JohorTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

07/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri...

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

24/07/2026
0

PORT DICKSON - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur dapat kembali ke Port Dickson untuk menyantuni warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd