• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: 49,660 Pegawai, Anggota ATM Undi Awal

oleh Mohd Arshad
18/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PRN: 49,660 Pegawai, Anggota ATM Undi Awal
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU: Seramai 49,660 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan akan mengundi pada hari pengundian awal pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 8 Ogos depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, sebanyak 54 pusat mengundi awal ATM diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di negeri-negeri terlibat

“Bagi Tentera Darat Malaysia seramai 38,926 akan terlibat mengundi awal manakala Tentera Udara Diraja Malaysia sejumlah 9,725 orang dan Tentera Laut Diraja Malaysia berjumlah 1,009 orang.

“Kita harapkan proses pengundian awal itu nanti berjalan lancar bagi membolehkan setiap pegawai dan anggota tunaikan tanggungjawab serta hak sebagai pengundi.

“Saya yakin undi awal ini dapat mendokong usaha Kerajaan Perpaduan yang ada hari ini kerana kita tahu teras politik amat penting. Undian awal ini akan berpihak kepada kerajaan perpaduan kerana pengundi tahu matlamat kita untuk memajukan negara dan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Peduli Veteran Peringkat Negeri Terengganu di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir di sini hari ini.

SPR menetapkan 12 Ogos depan sebagai hari pengundian bagi PRN diadakan serentak melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, serta Terengganu.

Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos ini.

Sementara itu, Adly memaklumkan lebih 80 peratus daripada 200,000 veteran ATM menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya kedua mereka membabitkan pelbagai bidang termasuk pertanian, perkhidmatan dan pelancongan.

Katanya, pihaknya masih lagi mengumpul data bagi veteran yang membabitkan diri dalam bidang berkenaan untuk menilai sejauh mana tahap perniagaan diusahakan.

UtusanOnline-

Tags: ATMPRNundi awal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd