• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawatan TMJ Ke Singapura Perkukuh Ekonomi Johor

oleh Mohd Arshad
14/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lawatan TMJ Ke Singapura Perkukuh Ekonomi Johor
Share on FacebookShare on Twitter

 

Sudah bebeberapa hari berlalu sejak Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam mengadakan lawatan rasmi ke Singapura bermula 10 hingga 12 Julai lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia merupakan lawatan rasmi baginda berdua atas jemputan kerajaan Singapura dengan Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong bertindak sebagai tuan rumah bagi lawatan itu.

Barangkali ada beranggapan ia sekadar lawatan biasa `putera raja’ Johor melancong ke negara jiran kerana Singapura bukanlah sebuah negara yang `terlalu asing’ buat Johor.

Jika diteliti pergerakan Tunku Mahkota Johor bersama isteri sepanjang di Singapura, ia jelas memberi penandaan yang amat signifikan buat negeri Johor.

Pertama, Perdana Menteri Singapura dan Datin Paduka Ho Ching menjadi tuan rumah kepada Tunku Ismail dan Che’ Puan Besar Khaleeda untuk sesi minum teh di Istana Singapura.

Ia pantas menggambarkan penghormatan tinggi negara Singapura ke atas Tunku Mahkota Johor yang bermakna ia jua suatu manifestasi keakraban Johor – Singapura.

Kedua, Tunku Ismail dan Che’ Puan Besar Khaleeda dipelawa menghadiri Majlis Santapan Makan Malam bersama Menteri Hal Ehwal Luar Negara Singapura.

Dalam kesempatan itu, mereka saling berkongsi idea baharu usaha untuk meningkatkan lagi hubungan rapat antara Johor dan Singapura.

Ketiga, Tunku Mahkota Johor dibawa oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Singapura melawat Markas Komando Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Dalam konteks Negeri Johor, Tunku Ismail merupakan Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).

Keempat, baginda melawat Sekolah Menengah Kuo Chuan Presbyterian di negara berkenaan bagi mendengar taklimat berhubung sistem pendidikan di Singapura.

Kelima, Tunku Ismail menyaksikan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Persatuan Bola Sepak Johor dan Persatuan Bola Sepak Singapura.

Kerjasama dalam pembangunan bola sepak termasuk pembentukan kejohanan acara bola sepak tahunan antara pasukan Pilihan Johor dan Pilihan Singapura mulai 2024.

Sekali gus menyaksikan suatu lagi lonjakan buat bola sepak Johor yang berteraskan kegemilangan berterusan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Hanya dalam tempoh tiga hari, Tunku Mahkota Johor telah mengadakan suatu lawatan yang merangkumi segenap aspek kepentingan sesebuah negeri.

Hubungan diplomatik, ekonomi, keselamatan, sukan dan pendidikan.

Sudah tentu kesemua pergerakan Tunku Mahkota Johor di Singapura itu juga sebuah refleksi kepada hubungan rapat antara Malaysia dan Singapura.

Perlu diketahui Malaysia dan Singapura menjadi rakan dagang kedua terbesar antara satu sama lain dengan perdagangan dua hala mencecah AS$83.53 bilion pada 2022.

Singapura malah antara sumber utama Malaysia bagi pelaburan langsung asing (FDI) dengan menyumbang 8.3 peratus kepada jumlah FDI Malaysia pada 2021.

Kehadiran Tunku Mahkota Johor dan isteri ke Singapura tentunya secara langsung mahupun tidak langsung berpotensi mencerahkan lagi hubungan ekonomi kedua-dua negara.

Seperti kata Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan sebelum ini, Singapura dan Johor bersetuju meneroka bidang kerjasama baharu dan terus menjalin hubungan erat demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Kesimpulannya, lawatan rasmi selama tiga hari Tunku Ismail ke Singapura bukanlah suatu lawatan biasa, tetapi ia menjadi penanda aras kepada hubungan terbaik dua negara berjiran.

-Mynewshub

Tags: EkonomiJohorlawatanSingapuraTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Terima Sembah Laporan Lima Pembinaan Masjid Baharu di Johor

Sultan Ibrahim Terima Sembah Laporan Lima Pembinaan Masjid Baharu di Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima persembahan laporan pembinaan masjid-masjid baharu di Johor. Laman Facebook Sultan...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd