• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Pertahan Piala FA

oleh Mohd Arshad
22/07/2023
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
JDT Pertahan Piala FA
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 2-0 pada aksi final di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kejayaan itu cukup manis apabila diraih di hadapan penyokong sendiri selain ia juga kejuaraan ketiga selepas memenangi trofi itu pada musim lalu dan musim 2016.

Sebaik perlawanan bermula, skuad kendalian Esteban Solari mula mengorak langkah dengan mengasak ke kubu KL City dan seawal minit kedua, Arif Aiman Hanapi bertindak menyusup masuk ke dalam kotak penalti tetapi sempat dihalang pertahanan skuad The City Boys

KL City nyata tidak berdiam diri sebaliknya hampir mengejutkan JDT pada minit ke-15 selepas bola sepakan percuma Paulo Josue tepat kepada Matko Zirdum yang sempat merembat namun penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed berjaya menghalang dengan badan bagi mengelak gawang dibolosi.

Malang buat JDT selepas peluang terhidang untuk merungkai jaringan terlepas apabila bola rembatan Afiq Fazail dari luar kotak penalti pada minit ke-27 sekadar singgah di palang gol ketika penjaga gol, Kevin Mendoza sudah tertewas.

Sekali lagi skuad kendalian Bojan Hodak hampir mencipta jaringan pada minit ke-35 apabila bola sepakan Ramirez tepat kepada T Saravanan yang berjaya memperdaya Matthew Davies sebelum merembat bola leret tetapi sipi di sebelah kiri gawang ketika Ahmad Syihan Hazmi sudah tertewas.

Bersambung babak kedua, Fernando Forestieri terlepas peluang untuk merungkai jaringan pada minit ke-50 selepas bola sepakan percuma dari jarak 25 meter menyaksikan Mendoza sempat melayangkan badan untuk menepis bola keluar.

Malang buat anak didik Solari apabila gol yang dijaringkan Bergson pada minit ke-56 dibatalkan oleh pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin selepas pemain itu berada dalam keadaan ofsaid ketika melakukan susulan bola rembatan Arif Aiman yang terkena tiang gol.

Selepas memerah segala keringat menggempur benteng skuad The City Boys akhirnya gol yang dinanti menjelma pada minit ke-65 selepas Shio Hong Wan melakukan rembatan dari jarak 30 meter tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Mendoza untuk meletak JDT mendahului 1-0.

Leandro Velazquez kemudian melengkapkan kemenangan dengan gol kedua apabila dia yang tidak dikawal merembat bola di antara Sebastian Avanzini dan Kamal Azizi Zabri pada minit ke-74.

-Berita Harian

Tags: JDTPiala FA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Saksi Selangor-JDT Di Kedai Mamak

Tunku Mahkota Ismail Saksi Selangor-JDT Di Kedai Mamak

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ketika pemilik pasukan memiliki akses istimewa, khas dan premium di stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak namun pemilik...

Sempoi, Merakyat: Pemangku Sultan Johor Layan Bola Di Kedai Mamak

Sempoi, Merakyat: Pemangku Sultan Johor Layan Bola Di Kedai Mamak

05/01/2026
0

SUASANA di sebuah kedai mamak di Desaru bertukar luar biasa malam tadi apabila Pemangku Sultan Johor dilihat santai bersama keluarga,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd