• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Lebarkan Sayap Ke Singapura

oleh Mohd Arshad
10/07/2023
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
JDT Lebarkan Sayap Ke Singapura
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan sayapnya ke seberang tambak apabila menandatangani perjanjian persefahaman dengan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang melibatkan kerjasama dalam pembangunan bola sepak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majlis menandatangani perjanjian itu adalah sebahagian daripada acara sempena lawatan rasmi Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke Republik itu bermula hari ini sehingga Rabu ini.

Menerusi hantaran di laman sosial rasmi Tunku Ismail, perlawanan ‘Causeway Derby’ yang pernah popular suatu masa dahulu akan kembali diadakan pada tahun hadapan melibatkan pasukan Pilihan Johor dan Pilihan Singapura.

“Baginda akan turut diiringi oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Singapura, Edwin Tong bagi menyaksikan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Persatuan Bola Sepak Johor dan FAS.

“Perjanjian itu akan melibatkan kerjasama dalam pembangunan bola sepak termasuk pembentukan kejohanan acara bola sepak tahunan antara pasukan Pilihan Johor dan Pilihan Singapura mulai 2024,” tulis kenyataan itu.

Prestasi bola sepak Singapura kini berada pada tahap yang membimbangkan apabila dilihat sering menjadi pasukan belasahan dalam kejohanan peringkat bawah umur.

Sekali gus, kerjasama dengan JDT ini dianggap sebagai langkah awal untuk membentuk pasukan remaja bagi memulihkan semula imej Singapura di pentas bola sepak.

PENYERANG JDT, Diago Santo menari bersama Bergson Da Silva dan Endrick Dos Santos selepas menjaringkan gol pada perlawanan Liga Super menentang KL City FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri baru-baru ini.
JDT mempunyai akademi bola sepak sendiri yang memberi fokus kepada perkembangan pemain bola sepak remaja dalam masa yang masa tidak melupakan pelajaran dalam fasiliti dan keadaan yang kondusif untuk perkembangan remaja.

Akademi JDT juga telah mencapai banyak kejayaan di dalam dan luar negara dengan meraih 25 trofi selain berjaya melahirkan ramai pemain berkualiti yang dinaikkan pangkat ke pasukan utama seperti Arif Aiman Hanapi, Feroz Baharudin dan Ramadhan Saifullah.

Terbaharu, skuad B-12 JDT berjaya muncul juara Garuda International Cup III 2023 selepas menewaskan pasukan Asiop Merah dari Indonesia sekaligus membuktikan kemajuan yang dicapai Akademi JDT.

UtusanOnline-

Tags: FASJDTSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Tunku Mahkota Ismail Saksi Selangor-JDT Di Kedai Mamak

Tunku Mahkota Ismail Saksi Selangor-JDT Di Kedai Mamak

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ketika pemilik pasukan memiliki akses istimewa, khas dan premium di stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak namun pemilik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd