• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Lebat Di India, 12 Rakyat Malaysia Gagal Dihubungi

oleh Mohd Arshad
12/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hujan Lebat Di India, 12 Rakyat Malaysia Gagal Dihubungi
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengesan 12 rakyat Malaysia di negara itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini berikutan, rakyat Malaysia itu tidak dapat dihubungi oleh keluarga masing-masing selepas fenomena hujan lebat yang melanda wilayah utara India, Ahad lalu.

Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata, usaha mengesan dilaksanakan melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dengan kerjasama pihak berkuasa India.

“Pihak suruhanjaya tinggi dimaklumkan bahawa kumpulan berkenaan sedang menyertai ekspedisi pengembaraan di Hampta Pass, Himachal Pradesh.

“Sebarang perkembangan terkini mengenai status rakyat Malaysia yang terkesan dalam kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India akan terus memantau perkembangan di Himachal Pradesh dan menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular untuk berhubung melalui talian +91 85955 50594 atau email ke mwdelhi@kln.gov.my.

Wisma Putra juga menasihatkan rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati dan terus berwaspada serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca di setiap lokasi yang dikunjungi.

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya 31 orang maut di negeri Himachal Pradesh akibat fenomena hujan lebat, manakala ratusan pelancong terkandas di daerah Lahaul-Spiti dan Mandi.

Bernama-

Tags: hujan lebatIndiarakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd