Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Imigresen Kedah Tahan 17...

ALOR SETAR - Imigresen Kedah menahan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga...

Kes Curi Motosikal Di...

LARUT - Kes kecurian motosikal di Selama berkurang daripada 38 kes pada 2014...

Skuad Kim Swee Berpeluang...

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak Bawah-23 (B-23) negara berpeluang untuk disenaraikan dalam...

Video: Amboi!! Buah Dada...

KECIL nak... Besar pun nak... Ermmm, macam-macam!Namun, itu tidak menjadi halangan buat wanita...

Guru Rugi RM89,000 Ditipu Pelaburan Emas Dalam Talian

Sibu : Guru sebuah sekolah swasta di sini, ‘berputih mata’ apabila wang pelaburannya sebanyak RM89,000 hangus akibat menjadi mangsa penipuan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pada awalnya, lelaki berusia awal 30-an itu berkenalan dengan seorang wanita dikenali sebagai Jooyee Yap Jia Yuan menerusi aplikasi Tantan.

Katanya, selepas itu, suspek mengajak mangsa untuk membuat pelaburan emas dengan menjanjikan keuntungan 18 peratus daripada jumlah pelaburan yang dibuat.

“Mangsa kemudian diminta memuat turun aplikasi BFMDTRADE dan diberikan penerangan mengenai pelaburan sebelum suspek meminta mangsa membuat pembayaran ke beberapa akaun bank.

“Mangsa melakukan 18 transaksi pemindahan wang berjumlah RM89,000 ke 11 akaun bank berlainan antara penghujung April sehingga Mei lalu.


“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas tidak menerima apa-apa pulangan daripada pelaburan yang dibuat dan suspek juga gagal dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azman berkata, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis pada 21 Julai lalu untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dan juga sebat termasuk denda.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori