Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Warga Asing Suspek Dalang...

TANAH MERAH - Warga asing disyaki menjadi dalang utama penyeludupan senjata api ke...

Empat Kes Omicron Dikesan...

KUALA LUMPUR: Sebanyak empat kes B. 1.1.1.529 atau varian Omicron COVID-19 dilaporkan dikesan...

Dunia Perlu Takut Ugutan...

KIEV – Presiden Volodymyr Zelenskyy memberi amaran bahawa ancaman Rusia untuk menggunakan senjata...

Mat Sabu Pertikai Peguam...

Pakatan Rakyat hari ini mahu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan...

Wanita Reka Cerita Dilarikan, Minta Keluarga Bayar Wang Tebusan RM100,000

KUALA LUMPUR: Wanita berusia 19 tahun ditahan kerana mendakwa dirinya dilarikan orang dan memeras wang tebusan RM100,000 daripada keluarganya sendiri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kejadian bermula ketika suspek keluar bersama keluarganya ke pusat beli-belah Ampang Point di Ampang Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, memaklumkan pada jam 1.30 tengah hari, bapa suspek yang berusia 44 tahun dan bekerja sebagai perunding arkitek menyedari anaknya itu hilang selepas meminta izin untuk ke tandas.

“Kira-kira jam 3.30 petang, ibu suspek pula menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp dari nombor telefon anaknya itu, meminta RM100,000 konon untuk menyelamatkannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Polis yang menerima laporan terus menjalankan siasatan sebelum sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menyerbu sebuah rumah di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor pada jam 10 malam hari sama.

“Dalam serbuan itu, kita menahan anak pengadu (suspek) yang disyaki terbabit dalam kes ini dan merampas telefon bimbit miliknya untuk siasatan,” katanya memaklumkan rumah diserbu itu adalah rumah teman lelaki suspek.


Hasil soal siasat, suspek mengaku mereka-reka cerita dan kejadian dia dilarikan orang itu sebenarnya tidak berlaku.

“Dia juga mengaku menaip sendiri mesej berkaitan wang tebusan RM100,000 berkenaan. Punca kejadian kerana suspek mendakwa dia sering dikongkong oleh ahli keluarga dan tidak mendapat kebebasan.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek yang tidak bekerja itu didapati negatif, dia juga tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya menambah wanita itu direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan melakukan pemerasan dan memberi maklumat palsu, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Kita memberi peringatan tegas ke atas mana-mana individu yang membuat laporan palsu bahwa mereka akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada tanpa prejudis,” kata Mohamad Farouk.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori