• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

oleh Mynewshub
24/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai kakitangan hospital tersebut baru-baru ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor menerusi satu kenyataan media berkata, langkah keselamatan itu termasuk semakan ke atas kad pengenalan diri kakitangan, terutama di laluan utama pintu masuk bangunan hospital.

“Pihak hospital menyeru orang ramai agar segera melaporkan sebarang insiden yang mencurigakan kepada pihak keselamatan hospital.

“Orang awam turut dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan hanya membuat sebarang bayaran di kaunter hasil serta memastikan resit sah diterima bagi setiap transaksi,” kata kenyataan itu.

Mynewshub pada 22 April lalu melaporkan, wanita yang menyamar sebagai staf HSAJB meminta bayaran deposit wad secara tunai daripada waris pesakit telah diserahkan kepada pihak polis.

Perbuatan wanita itu tular selepas seorang pengguna media sosial mendakwa ibunya diminta membayar RM30 sebagai bayaran pendaftaran wad oleh seorang individu yang berada di meja nombor semasa proses kemasukan pesakit dijalankan.

Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor berkata, siasatan yang dijalankan pihak hospital mendapati wanita berkenaan menyamar sebagai staf dengan memalsukan kad pengenalan diri.

“Susulan daripada laporan awam yang diterima, pihak keselamatan hospital telah membuat tangkapan pada 21 April 2026 sekitar pukul 6.30 petang dan individu berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang terlibat juga telah diminta untuk membuat laporan polis,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB

 

Tags: Hospital Sultanah Aminah Johor BahruHSAJBKakitangankawalan keselamatanmenyamarWanita
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya kementerian serta agensi berkaitan meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd