• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

oleh Mynewshub
22/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran deposit wad secara tunai daripada waris pesakit telah diserahkan kepada pihak polis.

HSAJB dalam satu kenyataan meminta orang ramai sentiasa berwaspada dan hanya melakukan sebarang urusan bayaran deposit di kaunter hasil yang sah dengan memastikan resit rasmi dikeluarkan.

“Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan hanya membuat sebarang bayaran di kaunter hasil rasmi serta memastikan resit sah diterima bagi setiap transaksi.

“Ini bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan,” kata kenyataan itu.

Seorang pengguna media sosial sebelum ini mendakwa ibunya diminta membayar RM30 sebagai bayaran pendaftaran wad oleh seorang individu yang berada di meja nombor ketika proses kemasukan pesakit dijalankan.

Terdahulu, HSAJB menegaskan pihaknya memandang serius isu tular berkaitan individu yang didakwa sebagai staf hospital meminta bayaran deposit wad secara tunai tanpa resit rasmi.

Bagaimanapun, kata HSAJB, siasatan awal mendapati individu berkenaan kakitangan hospital, maka tindakan segera telah diambil dan individu tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Tags: bayaranhospitalHospital Sultanah Aminah Johor BahruHSAJBKakitanganMasuk wadmenyamarpolisWanita
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

29/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor menjelaskan terdapat dua doktor bertugas semasa seorang wanita membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd