Monday, June 17, 2024

Creating liberating content

“Sajat Dakwa Kerajaan Australia...

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, mengesahkan dirinya kini telah...

Gadis Cantik Diupah Naikkan...

SEBUAH syarikat teknologi di China telah mencetuskan kontroversi di media sosial selepas mengupah...

Argentina Beku Kenaikan Gaji,...

BUENOS AIRES - Presiden Argentina, Mauricio Macri mengumumkan pengurangan sebanyak 25 peratus untuk...

PDRM Jalankan Siasatan Penuh...

GERIK - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan penuh terhadap insiden kematian...

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ yang diadakan di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi klip video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok, pelawak terbabit, Jocelyn Chia turut secara sengaja menghina seorang penonton persembahannya yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan perkataan kesat.

Selain itu, pelawak berkenaan turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun berbanding negaranya yang lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.

Sepanjang rakaman video berdurasi 1 minit 29 saat itu, pengisian bahan lawak dipersembahkan Jocelyn Chia berbaur kata-kata dan memek muka memperlekehkan Malaysia.

Ini termasuk jenaka keterlaluan beliau yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan ‘tidak mendarat’.

Meskipun persembahan komedinya menerima tepukan penonton, rata-rata netizen menerusi ruangan komen di hantaran video di TikTok mengecam lawak beliau yang dianggap keterlaluan.

Ada netizen menggesa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan pelawak berkenaan masuk ke negara ini, selain menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan.

“Isi minyak pun kat Malaysia, lepas itu cakap saya orang Malaysia kereta Singapura ini kawan saya punya, saya pinjam saja,” tulis pengguna Facebook (Fb) dikenali Aiman Zainudin.

“Negara dunia pertama tetapi sikap macam sampah. Lebih baik simpan lawak itu untuk diri sendiri, tak kelakar mempermainkan tragedi MH370, jika kamu salah seorang keluarga mangsa tentu kamu tak buat lawak begitu,” tulis Asyah Razak di ruangan komen pada video dimuat naik Jocelyn di Instagram (IG).

“Hina Malaysia, minum air dari Malaysia,” tulis Apai Cadict di Facebook (Fb).

Semakan di Instagram Jocelyn mendapati belum ada permohonan maaf dibuat pelawak berkenaan.

Sebaliknya, Jocelyn hanya memuat naik semula video persembahannya yang tular itu di ruangan Instagram Story. Pelawak itu bagaimanapun menutup ruangan komen.

Intan Maizura Othaman, isteri krew penerbangan MH370, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, turut meninggalkan komen di video berkenaan menerusi Instagram.

“Apabila hadir satu pertunjukan menampilkan seorang peguam yang tak cekap kemudian jadi pelawak yang tak lawak, inilah hasilnya. Penzahiran seorang insan keji!”

Personaliti media Kudsia Kahar pula berkata jenaka berdiri Chia tidak lucu.

“Saya menyokong komedi berdiri, terutama dari rantau ini. Saya tak peduli pelawak mereka mencerca kita, kerana (pelawak) kita pun ada buat demikian. Tapi saya tak boleh terima bila MH370 pun dijadikan bahan lawak. Ini tak boleh diterima. Jangan jadikan tragedi sebagai bahan lawak,” katanya.

Pelawak popular, Datuk Afdlin Shauki beranggapan jenaka menyentuh kehilangan pesawat MAS, penerbangan MH370 sebagai sudah melampaui batas.

Kata Afdlin, pengisian bahan lawak dipersembahkan Jocelyn Chia itu tidak sepatutnya terjadi dan perlu dielakkan oleh semua pelawak.


“Kalau pelawak itu berasal dari Malaysia, saya akan menegaskan kepadanya bahawa lawaknya melampaui batas, tetapi disebabkan pelawak berasal dari Singapura, saya tahu mereka jenis melawak ikut suka hati seperti sesetengah pelawak di luar negara.

“Bagi saya, kalau kita mahu melawak, ada hadnya, janganlah sampai mempersendakan peristiwa MH370. Kalau sampai peristiwa itu pun nak buat lawak, anda tidak sensitif kepada mangsa meninggal dunia dan keluarga berdepan kehilangan,” kataya.

Sementara itu di Johor Bahru, tinjauan wartawan BH Omar Ahmad mendapati orang ramai marah dengan jenaka Jocelyn Chia yang dianggap menghina dan memperlekehkan Malaysia.

Pekerja swasta, Noor Azura Mohd Amin, 37, dari Pontian berkata memperlekehkan negara lain bukan perkara yang wajar lebih-lebih lagi jika berjiran.

Malah katanya, ramai pelawak bertaraf antarabangsa yang tidak menyentuh isu sensitif lebih-lebih lagi yang memburukkan negara lain dalam kandungan lawak mereka.

“Bukan mudah hidup berjiran dan kerana itu kita perlu sentiasa bertolak ansur selain perlu ada rasa hormat menghormati.

“Jocelyn juga pasti pernah masuk ke Malaysia. Adakah dia pernah dihina sebegitu rupa ketika berada di negara ini?

“Saya pasti Jocelyn tidak akan berkata seperti itu jika dia berada di mana-mana negeri di Malaysia.

“Berlawak perlu kena dengan situasi dan pastinya isu agama, bangsa dan negara amat tidak sesuai dijadikan bahan lawak,” katanya.

Bagi, Shahruddin Haeal Helmy Mohd Noh, 37, lawak berkaitan pembangunan Malaysia tidak wajar dijadikan bahan jenaka.

Katanya setiap negara menghadapi kesukaran tersendiri dalam membangun dan memajukan tanah air.

“Situasi negara tidak sama, mungkin kita berskala besar berbanding Singapura. Banyak perkara yang mempengaruhi pembangunan seperti geografi, politik dan masyarakat.

“Saya pasti semua negara mempunyai cabaran pembangunan berbeza, dan pastinya Malaysia juga menuju ke arah negara lebih maju.

“Dalam lawak wanita itu juga ada menyebut perkataan yang kesat yang tidak sesuai dan amat memalukan,” katanya.

Pesara, A Madhavan, 60, pula menyifatkan lawak itu biadap dan tidak wajar diluahkan. Ia akan menyinggung banyak pihak.

“Jocelyn mungkin bangga dapat berkata seperti itu di hadapan penonton yang rata-ratanya pasti bukan warga Malaysia.

“Bagaimana jika penontonnya majoritinya adalah warga Malaysia? Jocelyn perlu menilai diri sendiri sebelum mengeluarkan kata-kata menghina pihak lain,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori