• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

oleh Mynewshub
02/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila memaparkan keadaan sebuah lokasi di ibu negara yang dipenuhi sampah sarap sebelum dibersihkan.

Menerusi hantaran tersebut, DBKL berkongsi gambar situasi kawasan yang rata-rata netizen percaya ia merupakan lokasi penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave 2026

DBKL dalam kenyataannya menegaskan bahawa kebersihan kawasan awam merupakan tanggungjawab bersama dan pihaknya sentiasa memastikan tahap kebersihan bandar raya, khususnya di kawasan tumpuan pelancong berada dalam keadaan terkawal melalui pemantauan serta tindakan berterusan di lapangan.

“Dalam masa yang sama, orang ramai diseru untuk bersama-sama memainkan peranan dengan membuang sampah di tempat yang disediakan serta mengamalkan sikap prihatin terhadap kebersihan kawasan awam,” menurut kenyataan itu.

Tambah DBKL, kesedaran dan kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan Kuala Lumpur kekal bersih, teratur dan selesa untuk dinikmati bersama.

Seorang pengguna, Jazli Nordin, secara sinis mencadangkan agar penganjur festival membantu membersihkan kawasan berkenaan, manakala Zaid Sarifudin pula mempersoalkan jumlah sampah yang ditinggalkan.

Turut senada, Mizan Mokhtar meminta Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan tampil memberi penjelasan serta mencadangkan tindakan terhadap penganjur.

Dalam pada itu, Aqma Zahara menyindir isu pembaziran air, manakala seorang lagi pengguna, Feeza Nur berpendapat pihak berkaitan termasuk kementerian perlu turut bertanggungjawab terhadap kebersihan selepas acara.

“Mana kata undang-undang tak boleh buang sampah merata tu?,” sindir Asrul Sahar. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

 

Tags: DBKLDewan Bandaraya Kuala LumpurFestival Muzik Air Rain Rave 2026gambar sampahJalan RayaNetizenpembersihan
Share212Tweet132SendShare

Related Posts

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd