Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

Sedia Bawa Aduan Rasuah...

MELAKA - Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron bersedia menerima sebarang aduan tentang...

MT Beri Sokongan Padu...

KUALA LUMPUR -- Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini melahirkan sokongan padu kepada kepimpinan...

Dong Zong Serah Memorandum...

PUTRAJAYA - Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) hari ini...

China Hasilkan Vaksin ‘Coronavac’...

BEIJING - Seorang penyelidik di Beijing sedang menjalankan eksperimen terhadap vaksin dihasilkannya iaitu...

Mahkamah Persekutuan Putuskan Keabsahan Proklamasi Darurat Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan dijangka memutuskan keabsahan proklamasi dan ordinan darurat yang diisytiharkan ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh, berkata mahkamah tertinggi itu antara lain akan mempertimbang sama ada Perdana Menteri ketika itu menyalahgunakan kuasa atau tidak dalam melaksanakan pengisytiharan darurat.

“Saya percaya satu tindakan mahkamah telah diambil untuk mencabar keabsahan proklamasi darurat, yang dijadual didengar di Mahkamah Persekutuan, sama ada proklamasi itu sah atau tidak.

“Dalam memberi keputusan berkenaan isu itu, tentunya semua perkara akan diperhalusi, termasuk sama ada kuasa mengisytihar darurat digunakan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Kami menunggu keputusan ini dalam masa terdekat. Dalam pengetahuan saya, ia dijadualkan untuk didengar dalam masa terdekat,” katanya ketika menggulung Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab celahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang bertanya sama ada kes di Mahkamah Persekutuan itu bererti bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyalahgunakan kuasanya untuk membuat proklamasi darurat pada 2021.

Terdahulu, Ramkarpal turut memaklumkan beliau terbabit dalam kes mahkamah itu sebagai peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika itu Ketua Pembangkang, mencabar pengisytiharan darurat dan ordinan pada 2021 di Mahkamah Persekutuan.


Sebanyak lapan persoalan undang-undang difailkan bagi mendapatkan kebenaran daripada mahkamah tertinggi untuk merit aduan itu didengar.

Pada 24 November 2021, Mahkamah Rayuan menolak rayuan lima individu berkenaan, dengan menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan semakan kehakiman itu walaupun kebenaran diberikan kepada pemohon.

Dalam tuntutannya, Anwar mendakwa nasihat diberikan oleh Muhyiddin dan Jemaah Menteri ketika itu kepada Yang di-Pertuan Agong melanggar undang-undang dan tertakluk kepada cabaran undang-undang.

Istana Negara dalam satu kenyataan bertarikh 12 Januari 2021 mengumumkan Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan pengisytiharan proklamasi darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos tahun sama sebagai langkah membendung COVID-19.

Muhyiddin dalam perutusan khas sempena proklamasi darurat pada hari sama, menjelaskan Kabinet telah menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan proklamasi darurat bagi seluruh negara selaras dengan Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan, berkuat kuasa dari 11 Januari hingga 1 Ogos 2021.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori