Friday, October 4, 2024

Creating liberating content

Irfan Bakti Belum Puas...

KUALA TERENGGANU - Pengendali pasukan Terengganu FA, Irfan Bakti Abu Salim masih belum...

12 Pasangan Kekasih Ditahan,...

MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan 12 pasangan kekasih dalam Ops...

Mereka Datang Naik Bas,...

SINDIR... "Apa yang dimaksudkan PH (Pakatan Harapan) dengan bagi Orang Asli terbabit hanya...

Lelaki Ambil Gambar Selfie...

SEORANG lelaki yang mengambil gambar selfie buat pertama kali telah dituduh sebagai pedofil...

KPM Akan Kongsi Angka Sebenar Calon Tidak Hadir SPM 2022 – Fadhlina

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti laporan penuh dan akan berkongsi angka sebenar ketidakhadiran pelajar ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, berikutan bagi mengelak ia dimanipulasi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata KPM sedang membuat penelitian terhadap isu berkenaan yang memerlukan sedikit masa untuk menjelaskan intervensi di peringkat kementerian.

Katanya, KPM juga sedang melakukan proses siasatan dan kajian penuh berkenaan isu itu untuk memastikan perkara ini dapat ditangani pada masa akan datang.

“Ini adalah masalah lama, cuma kali ini kita jadikan ia sebagai langkah untuk pastikan calon ini hadir dan mengambil peperiksaan.

“Pelajar yang tidak hadir ini kita rekodkan kerana difahamkan banyak faktor membuatkan mereka tidak hadir peperiksaan,” katanya ketika merasmikan penutup Konvensyen Islam dan Melayu, di sini, hari ini.

Terdahulu, menerusi satu laporan, sejumlah 14,858 atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon baharu SPM 2022 dan mendaftar kali pertama sekurang-kurangnya enam ma­ta pelajaran tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Berdasar analisis KPM, calon yang tidak hadir peperiksaan tahun lalu bertambah berbanding calon SPM 2021, yang merekodkan 10,681 atau 2.7 peratus calon tidak hadir daripada keseluruhan 392,837 calon berdaftar.

Sementara itu, Fadhlina berkata, dalam konteks keciciran pula, ia ada beberapa dimensi di mana keciciran ini disebabkan tidak hadir peperiksaan, bukannya tidak menyambung pelajaran selepas SPM.


“Pelajar lepasan SPM dan tidak mahu sambung belajar, KPM sedang meneliti untuk bekerjasama dengan beberapa kementerian.

“Dalam masa yang sama, industri juga perlu menyambut mereka untuk sama-sama berada dalam bidang itu supaya mereka mempunyai hala tuju,” katanya.

Mengulas mengenai peningkatan jumlah guru Bahasa Melayu dan Inggeris bersara awal, beliau berkata, ada banyak faktor menarik dan menolak.

Bagaimanapun, beliau berkata, KPM akan memperhalusi perkara ini kerana tidak mahu jurang angka terbabit terlalu ramai hingga memberi kesan kepada kekurangan guru mengajar.

“Kebanyakan bersara awal disebabkan masalah kesihatan dan kita tidak boleh paksa, tetapi jika alasan lain, KPM akan teliti kerana kita mahu menjaga profesionalisme pekerjaan ini.

“KPM juga sedang melatih lebih ramai guru dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk memastikan unjuran ini cukup supaya kekurangan guru dapat diatasi.

“Unjuran itu perlu cukup kerana keutamaan kita adalah pada pendidikan anak-anak,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori