• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

oleh Mynewshub
09/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru
Share on FacebookShare on Twitter

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka.

Dua insan yang suatu hari nanti bakal mendidik anak bangsa telah pergi buat selamanya semasa mengikuti program luar kampus.

Impian mereka untuk berdiri di hadapan kelas, membentuk masa depan generasi muda terhenti di tengah laut, bukan di bilik darjah.

Suatu tamparan keras kepada sistem yang sepatutnya menjaga keselamatan bakal pendidik negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan memikul tanggungjawab penuh terhadap insiden menyayat hati tersebut.

Tapi bosan dengan skrip yang sama ‘akan mengkaji SOP’. Sampai bila mahu kaji SOP? Berapa banyak nyawa lagi perlu dipertaruhkan?

Setakat ini tiada sebarang bayangan aktiviti itu akan dihentikan, sebaliknya mengkaji SOP kekal jadi jawapan standard.

Ironinya, walau ada 20 set SOP sekalipun, dalam aktiviti berisiko tinggi seperti itu peribahasa ‘malang tidak berbau’ sangat terkait.

Maksudnya kecelakaan boleh berlaku tanpa amaran. Barangkali selain kaji SOP, KPM perlu juga mengkaji peribahasa ini.

Kempen keselamatan jalan raya sering mengingatkan ‘malang tidak berbau’. Itu di darat sekurang-kurangnya masih ada ruang membrek atau mengelak.

Tetapi di lautan yang luas terbentang? Ruang untuk bertindak jauh lebih terhad apatah oleh mereka yang tiada pengalaman.

Maka timbul saranan yang lebih sinis iaitu KPM perlu juga mengkaji peribahasa ‘sudah terhantuk baru tengadah’

Justeru sudah-sudahlah. Hentikan aktiviti yang mempertaruhkan nyawa dan keselamatan para bakal guru.

Mereka adalah pelajar yang datang dengan satu impian menjadi pendidik. Bukan semua mereka mempunyai kemahiran di laut.

Memaksa mereka menyertai aktiviti sebegitu tanpa jaminan keselamatan yang kukuh bukan sahaja berisiko, malah boleh dianggap cuai.

Lebih mengecewakan apabila ada yang cuba menyandarkan tragedi itu kepada takdir semata-mata. Sangat tidak berhati perut.

Akhirnya perlu ingat, bakal pendidik kita mungkin bukan anak menteri, anak ahli politik, anak VIP atau anak pegawai tinggi kerajaan.

Tetapi mereka adalah anak kepada seseorang yang dihantar dengan harapan pulang sebagai guru, bukan sebaliknya.

Tragedi ini sepatutnya menjadi titik perubahan bukan sekadar satu lagi kes yang akan dikaji.

Jika tidak, kita bukan sahaja gagal melindungi bakal pendidik, tetapi gagal belajar daripada pengalaman. – MYNEWSHUB

Tags: Aktiviti berkayakBakal guruInstitut Pendidikan Guru (IPG)KPMlemas
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

APMM Dakwa Tak Terima Apa-Apa Maklumat Aktiviti Berkayak….

APMM Dakwa Tak Terima Apa-Apa Maklumat Aktiviti Berkayak….

06/04/2026
0

Justeru....   Soalan yang sama admin tanya pagi tadi....nak tanya balik....   SO...SIAPA YANG PERLU DIHANTAR KE PENJARA SEKARANG?  ...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd