• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes HFMD Meningkat Di Johor

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes HFMD Meningkat Di Johor
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Johor meningkat 1.3 kali ganda pada minggu epidemiologi ke 22 berbanding minggu epidemiologi lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, berkata secara keseluruhan, kumulatif kes HFMD di negeri ini menunjukkan 1,656 kes dengan daerah Johor Bahru mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 607 kes.

“Ia diikuti Tangkak 204 kes, Kota Tinggi (167, Batu Pahat (144), Kluang (136), Segamat (121), Pontian (104), Kulai (101), Muar (67) dan lima kes di Mersing.

“Di Johor, kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur hingga enam tahun iaitu sebanyak 1,293 kes, diikuti kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun iaitu 202 kes dan selebihnya adalah berumur lebih 13 tahun.

“Sehingga tempoh itu, sebanyak lima wabak aktif HFMD dilaporkan di Johor.

“Lokasi penularan wabak HFMD di Johor sehingga kelmarin membabitkan tadika 26 wabak, diikuti taska (6), pusat jagaan harian (5), prasekolah (3), rumah persendirian (2) dan satu wabak di sekolah rendah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tian Soon berkata, penyakit HFMD disebabkan Enterovirus dengan majoriti kes disebabkan Coxsackie

Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV71).

Katanya, virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit.

“Kebiasaan jangkitan adalah ringan dengan gejala demam diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap HFMD pulih tanpa rawatan dalam masa tujuh ke 10 hari.

“Bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis.

“Memandangkan kebanyakan penularan berlaku di institusi penjagaan kanak-kanak, Jabatan Kesihatan Negeri Johor meminta semua pengusaha mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko jangkitan,” katanya.

BHonline-

Tags: JohorKes HFMDmeningkat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

03/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor kini sedang melangkah ke hadapan sebagai pusat pertumbuhan serantau yang semakin mendapat perhatian dunia selepas hampir...

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd