• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Laut China Selatan Kekal Jadi Keutamaan – Mohamad

oleh Mohd Arshad
03/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu Laut China Selatan Kekal Jadi Keutamaan – Mohamad
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA : Isu Laut China Selatan kekal menjadi keutamaan Malaysia sehingga hari ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Malaysia, akan terus bekerjasama dengan negara anggota ASEAN untuk memperhebat rundingan dengan China bagi merealisasikan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan, katanya.

Mohamad berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas “Breakfast Talk: Five Power Defence Arrangements (FPDA)” yang dihoskan oleh rakan sejawatnya dari Singapura Dr Ng Eng Hen di luar Dialog Shangri-la ke-20, di sini, hari ini.

Mohamad berkata Malaysia terus berhasrat menjadi rakan kongsi yang dipercayai dan berhubung dengan ahli FPDA bagi memastikan keamanan dan kemakmuran rantau ini.

FPDA ialah satu siri hubungan pertahanan dua hala antara Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom.

“Malaysia melihat keperluan bagi FPDA mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau melalui kerjasama pertahanan terhadap cabaran mendesak mengenai ancaman keselamatan bukan tradisional,” kata Mohamad.

Beliau berkata Malaysia mencadangkan FPDA sebagai laluan untuk kerjasama strategik dan pertahanan yang lebih besar dalam latihan dan pembinaan kapasiti.

“Malaysia akan bekerjasama rapat dengan ahli FPDA untuk meneruskan kerjasama dalam memperkukuh industri pertahanan, memajukan teknologi bersama, dan menjalankan latihan bersama,” katanya.

Malaysia berharap dapat bekerjasama dengan empat negara anggota untuk mengesahkan komitmen bekerjasama dalam domain keselamatan serta pertahanan konvensional dan bukan konvensional.

“Malaysia kekal komited bahawa FPDA akan melakukan apa yang perlu untuk menzahirkan komitmen itu,” kata menteri itu.

Mohamad berkata Malaysia akan mengukuhkan kedudukannya dalam FPDA, antara lain, mengadakan komunikasi strategik dengan empat anggota lain, termasuk mesyuarat tetap antara Menteri Pertahanan negara anggota bagi membincangkan keselamatan global semasa dan masa depan.

Beliau berkata walaupun FPDA dan ahli-ahlinya menikmati hubungan rapat antara satu sama lain, “Malaysia tidak akan berpihak dan menegaskan kedudukan negara tidak bersekutu (non-aligned state).”

Turut hadir pada sidang media itu ialah Dr Ng, Timbalan Perdana Menteri Australia dan Menteri Pertahanan Richard Marles, Menteri Pertahanan New Zealand Andrew Little, dan Setiausaha Negara United Kingdom bagi Pertahanan Ben Wallace.

Secara berasingan, Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) memaklumkan bahawa Menteri-menteri mengesahkan komitmen negara mereka terhadap FPDA dan mengiktiraf kemajuan ketara yang telah dicapai sejak penubuhannya.

“Mereka membincangkan kepentingan FPDA sebagai pengaturan yang membina dan aman, yang menjadi sauh untuk keselamatan dan kestabilan serantau,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Menteri-menteri juga bersetuju bahawa FPDA menyediakan platform penting untuk tentera negara anggota mengukuhkan operasi dan meningkatkan kerjasama melalui latihan tetap seperti Exercise Bersama Shield dan Exercise Bersama Lima.

Menteri-menteri seterusnya bertukar pandangan tentang kaedah meningkatkan perkaitan FPDA dengan mengukuhkan nilai operasi latihan di kawasan konvensional, dan meningkatkan kerjasama dalam domain bukan konvensional bagi menghadapi cabaran keselamatan kontemporari.

Ditubuhkan pada 1971, FPDA terus memainkan peranan penting dalam menggalakkan kerjasama serantau, dan menyumbang secara konstruktif kepada kerangka keselamatan serantau melalui pengendalian latihan, dialog dan platform interaksi profesional, menurut kementerian itu.

-Berita Harian

Tags: Isu Laut China SelatanTok Mat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Balik Rantau Bantu Masak ‘Lomang’, Gulai ‘Lomak’ Cili Api 

Tok Mat Balik Rantau Bantu Masak ‘Lomang’, Gulai ‘Lomak’ Cili Api 

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub RANTAU – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mencuri perhatian netizen menerusi satu rakaman video di muat naik...

Tok Mat Santuni Rakyat Di Tujuh Lokasi Dalam Sehari, Sampaikan Bantuan Aidilfitri

Tok Mat Santuni Rakyat Di Tujuh Lokasi Dalam Sehari, Sampaikan Bantuan Aidilfitri

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub SEREMBAN - Kesibukan jadual tidak menghalang Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk turun padang menyantuni rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd