Oleh Mynewshub
RANTAU – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mencuri perhatian netizen menerusi satu rakaman video di muat naik di laman media sosial beliau hari ini.
Timbalan Presiden UMNO yang lebih mesra disapa sebagai Tok Mat itu pulang ke kampungnya di sini untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga dan sanak saudara.
Menerusi rakaman video tersebut, Mohamad dilihat tidak kekok bergotong-royong bersama ahli keluarganya menyediakan juadah berbuka puasa.
Suasana persiapan berbuka puasa dimeriahkan dengan hidangan tradisional seperti lemang, rendang dagin dan gulai masak lemak cili api ayam.
“Bantu bersama anak-anak buah bakar lemang di rumah kampung di Rantau. Rendang daging dah siap. Gulai masak lomak cili api ayam kampung baru mula nak di masak.
“Malam ini kami berbuka puasa di rumah kampung bersama-sama keluarga, adik beradik dan anak-anak buah yang sempat bersama,” katanya.
Tok Mat turun padang menyediakan juadah berbuka jelas menggambarkan sikap rendah diri dan tidak pernah melupakan asal usul. – MYNEWSHUB


