Monday, June 17, 2024

Creating liberating content

Jamie Dornan: Isteri Saya...

PELAKON utama filem separa lucah, Jamie Dornan mengatakan berkemungkinan besar isterinya, pelakon British,...

Diesel Diharamkan Di Jalan...

BERLIN - Mahkamah negara ini memerintahkan pengharaman penggunaan diesel di beberapa jalan utama...

Malaysia Berang Singapura Calonkan...

SINGAPURA pada Khamis mempertahankan tindakannya mencalonkan makanan jalanannya (street food) untuk pengiktirafan Pertubuhan...

Muncung Pesawat Berlubang Dirempuh...

KHARTOUM - Sebuah pesawat Tarco Air milik syarikat penerbangan Sudan berlubang di bahagian...

Tiga Lelaki Bersenjata Parang Panjang, Samun Rumah Pasangan Warga Emas

Tawau : Sembilan sekeluarga berdepan detik cemas apabila diikat tiga lelaki bersenjata sebelum merompak rumah mereka di Bandar Sri Indah, Batu 10 Jalan Apas, di sini, awal pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, kesemua mangsa terdiri daripada suami isteri warga emas, anak perempuan dan empat cucu, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian pada 3 pagi itu.

Beliau berkata, ketika kejadian semua mangsa yang sedang tidur dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki bertopeng yang memecah masuk pintu utama sambil memegang parang panjang.

“Suspek kemudiannya mengikat tangan mangsa menggunakan wayar pengecas telefon.


“Kumpulan penyamun terbabit sempat melarikan sejumlah wang tunai, barang kemas, beberapa buah telefon bimbit dan dua unit tablet dengan kerugian dianggar berjumlah RM45,000,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Champin berkata, siasatan awal polis mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) atau sebarang sistem penggera keselamatan di kediaman itu.

“Polis sedang giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori