Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suspek Utama Kes Bunuh...

JOHOR BAHRU - Polis menjangka proses reman terhadap seorang lelaki yang didakwa sebagai...

Seniman Cadang Tapis Artis...

KONTROVERSI pelawak Najip Ali yang dilaporkan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Jumpa Mahathir Bukan Nak...

MARANG - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak berhasrat...

Banjir: Lebih 1,000 Penduduk...

KUALA LUMPUR - Hujan lebat di lima negeri mengakibatkan lebih 1,000 penduduk dipindahkan...

Rugi RM4.5 Trilion: SPRM, LHDN, BNM Dan PDRM Diarah Segera Bertindak

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan empat agensi kerajaan mengambil tindakan segera susulan laporan negara mengalami kerugian RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun akibat rasuah dan ketirisan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri berkata, walaupun jumlah sebenar kerugian yang dialami negara belum dapat dipastikan, beliau mengakui ketirisan di negara ini melibatkan puluhan bilion ringgit.

Justeru, katanya, arahan tersebut amat penting dan perlu disuarakan oleh beliau kerana ia melibatkan kerugian yang besar.

“Saya dah beri arahan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Siasatan Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil apa sahaja langkah mengikut jalur untuk bertindak.

“Saya suarakan supaya orang sedar, kadangkala kita suarakan lawan rasuah pun ada orang takut, kita kena suarakan. Saya tidak boleh berikan petunjuk satu per satu, melainkan arahan umum,” katanya kepada pemberita ketika hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Katanya, arahan itu juga dibuat oleh beliau kerana menyifatkan, kerugian yang besar akibat rasuah dan ketirisan adalah disebabkan ada pihak tertentu yang terlibat namun tidak pernah berdepan sebarang tindakan.

“Ada orang-orang yang kita tahu rasuah berbilion, dah berpuluh tahun tapi selamat, tidak berani disentuh.

“Apa erti negara, ada kekuatan undang-undang kalau kita minta polis, LHDN ambil tindakan di bawah-bawah tapi yang di atas terlepas. Kumpulan harta itu puluh-puluh bilion ringgit, itu sebab saya bagi arahan umum dan saya harap rakyat tak kira parti, tak kira kaum, bagi sokongan terhadap tindakan ini,” katanya.


Beliau mengulas laporan yang dikeluarkan oleh badan pemikir Emir Research yang menganggarkan kerugian negara sebanyak RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun disebabkan rasuah dan ketirisan.

Kajian itu berdasarkan perbelanjaan kerajaan dan penyelewengan dana awam melalui ketirisan dan rasuah.

Menurut EMIR Research, badan pemikir berpangkalan di Kuala Lumpur, anggaran kerugian yang dihadapi negara bermula dari Krisis Kewangan Asia pada 1997 sehingga tahun ini adalah secara konservatif dan jumlahnya berkemungkinan lebih besar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dipetik berkata, jumlah angka kerugian kewangan boleh menjadi jauh lebih tinggi disebabkan kesan pengganda pelaburan yang merujuk kepada impak stimulatif pelaburan awam atau swasta.

Sehubungan itu, Anwar berkata, beliau menjadikan arahannya dalam menangani ketirisan sebagai satu keputusan dasar yang serius walaupun mendapat tentangan daripada golongan kaya yang korup.

“Saya telah ambil satu keputusan dan tekad masalah ini mesti diselamatkan daripada penyakau-penyakau ini,dan ini memerlukan tekad politik yang jelas, yang tegas. Ini bukan soal kaum, bukan soal penganut agama berbeza, dia soal karakter, soal akhlak dan soal nilai.

“Kita mahu rakyat faham dan bersama kita menyerang dan menghentikan perkara ini,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori