• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM42.1 Juta Disalur Baiki 4 Flat Uzur Di Johor

oleh Mohd Arshad
31/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
RM42.1 Juta Disalur Baiki 4 Flat Uzur Di Johor
Share on FacebookShare on Twitter

Iskandar Puteri : Kerajaan Johor menyalurkan RM42.1 juta bagi membaik pulih serta menyelenggara empat flat kos rendah uzur di negeri ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia susulan teguran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang kecewa dengan keadaan daif flat kos rendah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata kerja baik pulih dan selenggara empat flat kos rendah itu sedang giat berjalan.

“Empat flat kos rendah yang dalam keadaan uzur kini sedang giat dibaik pulih membabitkan peruntukan RM42.1 juta dengan kerja selenggara dipantau rapi.

“Ia membabitkan Pangsapuri Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) dengan peruntukan terbesar iaitu RM25 juta membabitkan baik pulih sistem perpaipan selain semua blok di situ akan dicat semula

“Kerja baik pulih Pangsapuri Saujana pula membabitkan peruntukan RM10.1 juta membabitkan kerja cat semula dan penggantian lif baharu yang akan bermula bulan depan.

“Flat Kenari dan Jentayu di Kangkar Pulai pula menerima RM7 juta dari kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bagi kerja cat semula dan pengindahan kawasan yang giat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kerja baik pulih di Flat Kenari, di sini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Iskandar, Pandak Ahmad dan Datuk Bandar Iskandar Puteri, Datuk Mohd Haffiz Ahmad.

Pada 16 Mei lalu, lebih 50 peratus daripada flat kos rendah berusia kira-kira 30 hingga 40 tahun di negeri ini dilaporkan berada dalam kategori uzur dengan pelbagai masalah penyelenggaraan seperti yang dizahirkan Sultan Johor.

Mohd Jafni dilaporkan berkata, sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan khas untuk menyelenggara flat awam yang bermasalah di negeri ini.

Ia susulan teguran Sultan Ibrahim pada 15 Mei lalu, yang dilaporkan menzahirkan kekecewaan baginda dengan tahap kebersihan dan penyelenggaraan flat kos rendah di negeri ini.

Baginda dilaporkan bertitah, kebanyakan flat kos rendah di Johor berada dalam keadaan daif serta dipenuhi pelbagai sampah sarap yang dibuang merata-rata hingga menjadi tempat pembiakan serangga berbisa.

-Harian Metro

Tags: Flat UzurJohor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa syukur apabila Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd