Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

44 Sekolah Kurang Murid...

SHAH ALAM - Kerajaan mengenal pasti 44 sekolah di seluruh negara yang mempunyai...

Rakyat Perlu Beralah Untuk...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menyeru...

Dikecam Bantu Anak Kencing...

TAK senonoh langsung. Perbuatan seorang lelaki yang memegang anak lelakinya keluar tingkap kereta...

Tidak Disiasat SPRM, Tapi...

ANEH... Lazimnya seseorang itu didakwa di mahkamah selepas disiasat namun tidak kepada Tan...

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Disyaki Curi Kabel

BIDOR – Cubaan memotong kabel tembaga di bilik kuasa elektrik di sebuah kilang pasir di Kampung Coldstream dekat sini hari ini, dipercayai menjadi punca seorang lelaki maut akibat renjatan elektrik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, semakan ke atas lelaki berusia 27 tahun itu mendapati dia memiliki lapan rekod jenayah lampau termasuk bersabit kes narkotik.

“Lelaki itu ditemukan orang awam dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di dalam bilik kuasa elektrik tersebut. Dia disyaki terkena renjatan elektrik ketika cuba memotong kabel tembaga di bilik berkenaan.

“Pasukan perubatan yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan kematian lelaki itu. Mayatnya dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat,” katanya.

Tambah beliau, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

-Kosmo Online

Kategori

Leave a Reply