Saturday, June 22, 2024

Creating liberating content

Dadah Ditemui Dalam Poket...

SETIU - Seorang pegawai perubatan menemui sejumlah dadah pada seorang mangsa kemalangan yang...

“Saya Akan Buktikan Tak...

SAYA akan membuktikan tidak bersalah di mahkamah, pertuduhan seperti ini tidak akan melunturkan semangat juang dan saya tidak akan berdiam diri melihat kemungkaran atau ketidakadilan," kata Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (Mywatch), Datuk R Sri Sanjeevan.

Unit Sungai & Pemantauan...

JOHOR BAHRU - Pendekatan proaktif dan inovatif seperti menubuhkan unit sungai dan merancang...

Serigala Dinamakan Trump, Petani...

SETIAP kali nama Donald Trump disebut, setiap individu pasti mempunyai pandangan mereka sendiri...

Khairy Akan Putuskan Segera Tawaran Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Bekas ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata beliau akan putuskan segera sama ada menerima tawaran sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Khairy yang juga bekas menteri kesihatan berkata, beliau berasa adalah tidak adil membiarkan pihak yang membuat tawaran menunggu terlalu lama.

“Justeru, dalam masa terdekat saya akan sampaikan keputusan kepada (Presiden BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya selepas program Designing the Future bertajuk ‘What’s Next For Malaysia’ yang diadakan di UCSI University Campus Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semalam yang menasihatkan Khairy supaya tidak terlalu lama menjawab tawaran parti itu.

Annuar Musa, lebih 10 bekas pemimpin UMNO sudah isi borang mohon sertai PAS – Takiyuddin

Pada 17 Mei lalu, Muhyiddin umum mengenai tawarannya kepada Khairy menjadi ahli MPT BERSATU selepas mendapat persetujuan pimpinan parti yang lain.

Muhyiddin dilaporkan berkata, partinya mempunyai dua kekosongan jawatan berkenaan tanpa niat ‘mengumpan’ bekas Ahli Parlimen Rembau itu.


Pada 22 Mei, Khairy meminta diberi masa bagi mempertimbang tawaran menjadi MPT BERSATU kerana bukan mudah membuat keputusan berhubung tawaran berkenaan.

“Saya harap mereka yang membuat tawaran itu kepada saya dapat memberi saya sedikit masa lagi untuk memikirkan perkara ini… terima kasih kepada Muhyiddin yang secara umum menzahirkan perkara ini.

“Bila kita ada peluang kedua untuk memilih parti politik, saya tidak ambil ringan keputusan ini, bukan kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berlangsung bila-bila masa.

“Saya nak pilih dengan rela hati bukan nak jadi calon, sebab parti itu mewakili nilai dan pendirian politik saya. Jadi saya perlukan masa, bukan saya kata ‘no’ (tidak) kepada tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden BERSATU) pada podcast kali ini.

“Saya nak menjelaskan kepada orang ramai dan pendengar yang peduli mengenai hal ini,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori