• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Tukar Kerajaan Tengah Jalan – Mohamad Sabu

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Jangan Tukar Kerajaan Tengah Jalan – Mohamad Sabu
Share on FacebookShare on Twitter

BAYAN LEPAS : ”Jangan tukar kerajaan tengah jalan, tak baik.”

Ikuti Mynewshub: Telegram

Itu pesanan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mengenai cubaan sesetengah pihak yang dikatakan sedang berusaha untuk menjatuhkan gabungan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, mana-mana pihak tentunya ada yang tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan, namun menjatuhkan kerajaan yang telah dibentuk bukan sesuatu yang wajar dilakukan.

”Kalau tidak suka boleh hentam kita, boleh maki kita, lepas empat tahun boleh tukar, jangan tukar kerajaan tengah jalan, tak baik,” katanya ketika berucap dalam majlis Rumah Terbuka Rahmah Aidifitri anjuran Parti Amanah di Teluk Kumbar, di sini hari ini.

Sebelum ini, timbul dakwaan sesetengah pihak kononnya wujudnya akaun bersumpah (SD) yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Mengulas lanjut ketika sidang akhbar, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, pihak-pihak yang mendakwa mempunyai SD yang mencukupi itu sepatutnya membawa perkara tersebut ke Parlimen.

”Kita bersetuju dengan pendirian Anwar bahawa mana-mana pihak yang mahu mengubah kerajaan, sila bawa perkara ini ke Parlimen kerana inilah tempat yang terbaik.

”Kalau boleh jangan tukar tengah jalan tetapi kalau mereka ada cukup bilangan, kita nak buat macam mana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, diminta mengulas mengenai dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kononnya Parti Amanah sedang dibuli oleh parti-parti lain di dalam Pakatan Harapan (PH), Mohamad bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

”Saya tidak mahu komen soal Menteri Besar Kedah, bagi saya dia Menteri Besar merapu,” katanya.

Sementara itu, berhubung kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik Amanah yang kini diintai UMNO, Mohamad berkata, perkara tersebut masih lagi dalam peringkat rundingan antara parti-parti terlibat.

”Ia masih dibincang dan akan diputuskan oleh pimpinan, saya tidak boleh kata kita bersedia atau tidak (menyerahkan kerusi kepada UMNO), ia masih dalam rundingan,” katanya.

-Utusan Online

Tags: KerajaanMat Sabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

PMX Anwar Umum Kerajaan Naikkan Perlindungan Bil Elektrik Kepada 800 kWj Hingga 31 Disember 2026

PMX Anwar Umum Kerajaan Naikkan Perlindungan Bil Elektrik Kepada 800 kWj Hingga 31 Disember 2026

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kilowatt-jam (kWj) kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd