Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Biasiswa Pelajar Sabah Dikurangkan...

KOTA KINABALU - Dakwaan pihak pembangkang dalam siri kempen Pilihan Raya Umum Ke-14...

Bukan ‘Anak Ikan’, Mas...

HANYA disebabkan kelihatan rapat ketika di beberapa majlis, pelakon putih melepak Mas Khan...

Ikut Garis Panduan Atau...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu tidak menyekat penganjuran sebarang karnival atau persembahan berbentuk...

Status Sebagai Anak Menteri...

WALAUPUN memegang status sebagai anak kepada Menteri Kabinet namun ketika di zaman kanak-kanaknya,...

Gangguan Bekalan Air Di Klang, Shah Alam, Kuala Selangor Esok

SHAH ALAM : Lebih sejuta penduduk di sekitar Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor bakal mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan insiden paip pecah di Jalan Bukit Cherakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Insiden tersebut menyebabkan penduduk lebhih 100 kawasan di wilayah-wilayah berkenaan terputus bekalan air mulai pukul 9 pagi esok sehingga 9 malam pada 24 Mei (Rabu) ini sementara kerja-kerja pembaikan paip pecah dijalankan.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, kerja pembaikan dilakukan melibatkan kes kecemasan apabila paip saluran utama berdiameter 2,200 milimeter (mm) membabitkan agihan berskala besar.

“Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap pada jam 3 pagi, 23 Mei. Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

“Tempoh pembaikan dan pemulihan mengambil masa yang agak lama. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, tambah kenyataan itu, dalam tempoh tersebut proses tersebut lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengembumian.


“Bantuan bekalan air alternatif menerusi empat Pusat Khidmat Setempat (PKS) bakal disediakan untuk kemudahan pengguna seperti di Taman Rakyat, Jalan Tun Dr. Ismail, Klang; Masjid Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah; Masjid As Saadah, Bandar Sultan Suleiman dan Persiaran Setia Murni.

“Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor menggunakan lori tangki air masing-masing di tiga stesen pengisian yang akan dibuka di Jalan TPP 5/17 Taman Perindustrian Puchong dan Jalan Kinrara 6E Damai Utama Puchong, Petaling serta Pekan Sungai Buloh, Jeram, Kuala Selangor,” jelasnya,

Katanya lagi, pengguna boleh mendapatkan perkembangan dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di pusat bantuan menerusi laman sesawang www.airselangor.com.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori