• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Pemasang Pesawat Ringan, UAV Korea Minat Melabur Di Negeri Sembilan

oleh Mohd Arshad
05/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Syarikat Pemasang Pesawat Ringan, UAV Korea Minat Melabur Di Negeri Sembilan
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Negeri Sembilan sedang berusaha menarik kehadiran sebuah syarikat dari Korea Selatan untuk menjalankan perusahaan memasang pesawat ringan dan pesawat tanpa pemandu (UAV) di Lembah Aeroangkasa Negeri Sembilan (NSAV) dekat sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, perkara itu sedang dibincangkan dengan syarikat berkenaan dengan bantuan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz.

Katanya, syarikat itu adalah yang kedua selepas firma pertahanan dan aeroangkasa terbesar di Turkiye, Turkish Aerospace Industries (TAI) menyatakan hasrat mendirikan kilang di NSAV.

“Sehingga kini pembangunan NSAV yang terletak dalam Lembah Wawasan Malaysia (MVV 2.0) di negeri ini berjalan dengan baik dengan tumpuan utama diberikan untuk kawasan tanah yang mencukupi dan pekerja mahir dapat disediakan

“Kerajaan negeri berharap NSAV akan terus menjadi tarikan kepada para pelabur dari seluruh dunia dalam industri aeroangkasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas membentangkan taklimat pembangunan MVV 2.0 kepada delegasi Jabatan Perdagangan Guangxi, China, di sini hari ini.

Delegasi seramai 150 orang terdiri daripada para pegawai kerajaan dan peniaga di wilayah tersebut.

Mohamad Rafie memberitahu, kerajaan negeri berharap dapat memuktamadkan pelaburan dengan TAI menjelang akhir tahun ini selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada tahun lalu.

Jelasnya, pihaknya telah menerima persetujuan daripada TAI untuk perniagaan memasang helikopter di MVV.

“Pada masa ini, seramai 100 orang jurutera sedang menjalani latihan di Ankara, Turkiye sejak enam bulan lalu sebagai persediaan memastikan kita mempunyai tenaga kerja mahir dalam industri ini,” ujarnya.

Sementara itu, ketika membentangkan taklimat hari ini, Mohamad Rafie berkata, kerajaan negeri telah menetapkan dasar mesra pelabur termasuk dari negara China dengan usaha membawa pelaburan berganda iaitu nilai yang dibawa masuk mesti bertambah setiap tahun dengan tujuan meningkatkan pendapatan negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan pelabur domestik dan luar negara datang melabur di Negeri Sembilan sejajar dengan hasrat untuk menjadikan negeri ini sebagai tempat kediaman, bekerja dan beriadah.

UtusanOnline-

Tags: Korea SelatanNegeri SembilanNSAVUAV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

18/06/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mula mengatur gerak kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd