• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengumuman Agihan Dividen TH Bagi 2022 Dijangka Lewat

oleh Mohd Arshad
04/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengumuman Agihan Dividen TH Bagi 2022 Dijangka Lewat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Tarikh pengumuman dan semakan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2022 dijangka sedikit lewat berbanding tahun lalu, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ia berikutan agihan dividen hanya boleh dibuat selepas audit bersih dilaksanakan.

“Insya-Allah dalam masa terdekat… ia agak lewat sedikit kerana laporan daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) memerlukan TH untuk mengumumkan agihan dividen setelah audit bersih dibuat.

“Jadi ia mengambil sedikit masa untuk membuat pengumuman tarikh (agihan dividen) berbanding tahun lepas,” katanya sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) di Dewan Negara hari ini.

Ia bagi menjawab celahan Senator Mohd Apandi Mohamad yang ingin mengetahui tarikh pengumuman dividen TH pada tahun ini.

Pada tahun lalu, pengumuman berhubung perkara itu dilakukan pada 24 Februari 2022.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata kerajaan sangat komited dan optimis dalam melahirkan huffaz yang berkualiti dengan merangka pelbagai strategi selaras dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang dilancarkan pada 2018.

Menurutnya, berdasarkan data Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, rekod sehingga Februari 2023 mencatatkan seramai 10,675 huffaz berjaya dilahirkan dengan 2,102 orang daripadanya merupakan huffaz profesional daripada lapan buah institusi pengajian tinggi.

“Kerajaan juga telah membina pelan tindakan DPTN yang mengandungi 20 strategi dan 32 inisiatif yang berpandukan kepada lima teras antaranya memantapkan undang-undang dan penguatkuasaan, mewujudkan model institusi tahfiz serta mewujudkan kurikulum pendidikan tahfiz yang sesuai dengan pendidikan arus perdana,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Agihan Dividen THTH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Kuota Haji Sudah Penuh, Penerbangan Pertama 18 April Ini – TH

Kuota Haji Sudah Penuh, Penerbangan Pertama 18 April Ini – TH

18/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan proses tawaran haji musim 1447H/2026M lebih lancar dengan kuota yang diperuntukkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd