• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Digesa Kaji Kos Pengeluaran Minyak Sawit

oleh Mohd Arshad
04/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Digesa Kaji Kos Pengeluaran Minyak Sawit
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan kenaikan kos pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) apabila menetapkan ambang harga semakan ke atas levi keuntungan luar biasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Eksekutif, Joseph Tek berkata pihaknya juga meminta kerajaan menyemak penggandaan bagi pengiraan kadar levi kepada 3.0 peratus daripada 1.5 peratus untuk Sabah dan Sarawak, yang dikenakan pada 2022.

Beliau berkata ini mengambil kira telah ada Cukai Jualan Negeri (SST) sebanyak 5.0 peratus dan 7.5 peratus ke atas MSM bagi kedua-dua negeri itu.

“Penting ditekankan bahawa pengiraan levi keuntungan luar biasa 3.0 peratus itu adalah berdasarkan tandan pengeluaran tandan buah segar (FFB) yang dikenakan berbanding ambang harga MSM apabila ia berada melebihi RM3,000 satu tan di Semenanjung Malaysia dan RM3,500 satu tan bagi negeri Malaysia Timur,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata SST Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga MSM mengikut jumlah jualan.

Tek berkata MPOA memuji kerajaan atas usaha menangani isu levi keuntungan luar biasa.

“Kami berharap dapat bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam proses semakan akan datang,” katanya.

Beliau berkata MPOA mengharapkan kerjasama mampan dan inklusif dengan pihak kerajaan untuk memastikan daya saing dan kemampanan industri minyak sawit jangka masa panjang di Malaysia.

Pada Isnin, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan akan menambah baik mekanisme kutipan levi dan bersedia menyemak paras nilai ambang keuntungan luar biasa dengan mengambil kira kos pengeluaran minyak sawit.

Semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2023 di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 digubal untuk mengenakan levi ke atas barangan yang boleh ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Levi keuntungan luar biasa telah dikutip oleh kerajaan daripada MSM dan minyak isirung sawit mentah, buah sawit dan elektrik sejak Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 berkuat kuasa pada 1 Jan, 1999, katanya.

Bernama-

Tags: Kerajaankos pengeluaranminyak sawitMPOA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd