• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Kejam Pukul, Bakar Anjing Hidup-hidup

oleh Mohd Arshad
30/03/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Suntikan Polio Untuk 4 Juta Kanak-kanak
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Seekor anjing liar bukan sahaja dipukul, malah dibakar hidup-hidup oleh seorang lelaki tidak berhati perut dalam kejadian dipercayai di Taman Impian Emas, Skudai di sini, Isnin lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tiga video yang juga rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian yang memaparkan kejadian itu tular di media sosial sejak semalam dan mengundang rasa marah pengguna media sosial yang menontonnya.

Menerusi rakaman CCTV dalam video berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang datang ke lokasi kejadian pada tiga hari berbeza.

Pada video pertama, lelaki itu tiba di lokasi dengan menaiki basikal kira-kira jam 11.02 malam, 8 Mac lalu sebelum bertindak membaling sesuatu dipercayai pasu atau baldi kecil ke arah anjing terbabit.

Manakala, pada video kedua iaitu jam 12.11 tengah malam, 14 Mac lalu, lelaki terbabit datang dengan menaiki basikal dan dilihat membaling sesuatu dipercayai batu ke arah haiwan berkenaan.

Kira-kira jam 1.49 pagi, Isnin lalu, dalam video ketiga, lelaki kejam itu sekali lagi datang ke lokasi kejadian dan memukul anjing itu dipercayai menggunakan kayu sebelum bertindak membakarnya.

Turut kelihatan anjing itu yang sudah terbakar di bahagian punggungnya lari meninggalkan lokasi kejadian.

Mengulas mengenai kejadian itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, pihaknya menyerahkan siasatan berhubung kejadian berkenaan kepada Jabatan Veterinar Negeri Johor.

Beliau bagaimanapun, mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung kejadian itu, namun siasatan akan dijalankan Jabatan Veterinar secara terperinci.

“Saya mengesahkan ada menerima laporan polis pada jam 2.59 petang, Isnin lalu, yang dibuat oleh orang awam berkaitan kejadian seekor anjing dipukul dan dibakar hidup-hidup.

“Perbuatan berkenaan disyaki dilakukan oleh seorang lelaki yang dipercayai warga tempatan dan rakaman video berkenaan kejadian itu tular di media sosial.

“Kejadian dipercayai berlaku berhampiran sebuah klinik haiwan di sekitar Taman Impian Emas, Skudai di sini dan tujuan pengadu membuat laporan polis adalah untuk merujuk kes kepada Jabatan Veterinar bagi menjalankan siasatan terhadap penyeksaan haiwan itu,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Veterinar Negeri Johor menjalankan siasatan ke atas kes itu mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 29(1) akta yang sama.

BHonline-

Tags: anjingDibakarkejam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd