• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPT Tubuh Jawatankuasa Khas Semak, Kaji Dasar Pendidikan Tinggi Nasional

oleh Mohd Arshad
13/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPT Tubuh Jawatankuasa Khas Semak, Kaji Dasar Pendidikan Tinggi Nasional
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Satu jawatankuasa khas sedang dibentuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang akan bertanggungjawab membuat semakan dan kajian secara mendalam mengenai dasar pendidikan tinggi nasional.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal, berkata matlamat dan mandat utama jawatankuasa itu untuk melihat kekurangan dan kelemahan, malah kekuatan dasar sedia ada, seterusnya memberikan saranan serta pandangan mereka.

Beliau berkata, dasar yang dilihat sudah tidak lagi relevan akan dihentikan, manakala dasar yang lemah akan ditambah baik dan diperkemas.

“Pada masa sama, dasar baharu yang dilihat relevan dan perlu berdasarkan cabaran dan perkembangan semasa, akan dicadangkan.

“Semua ini bertujuan memastikan pada peringkat dasar, kita mempunyai hala tuju dan pendirian yang jelas, kemas serta terbaik,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) yang meminta KPT menyatakan langkah akan dilaksanakan untuk merealisasikan reformasi pendidikan di institusi pengajian tinggi (IPT).

Berhubung soalan tambahan Chow Yu Hui (PH-Raub) sama ada KPT akan mengembalikan kuasa autonomi kepada mahasiswa terutama membolehkan mereka mengadakan sendiri pilihan raya kampus, berbanding dikelola oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP), Mohammad Yusof berkata, pihak kementerian akan melakukan satu lagi pindaan berkaitan Seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan mahasiswa dapat berpolitik dengan bebas.

Beliau berkata, ia sebagai tambahan kepada tujuh pindaan yang sudah dilakukan terhadap peruntukan di bawah akta itu sebelum ini yang menjadi antara reformasi sedang diusahakan KPT untuk memberi tanggungjawab penuh dalam gerakan mahasiswa khususnya di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“KPT sudah membuat beberapa perubahan dan penambahbaikan terutama dalam memperkasakan mahasiswa di IPTA di mana ia termaktub dalam AUKU.

“Kita sudah buat beberapa perubahan…tujuh kali kita lakukan dan kini kita sedang berusaha membuat perubahan di bawah Seksyen 15 (AUKU),” katanya.

Mengulas pindaan akan dilakukan, katanya ia berhubung kait urusan kewangan dan termasuk untuk membolehkan mereka berpolitik secara bebas.

“Mereka boleh menganggotai parti politik dan boleh juga jadi calon, di samping itu juga diberikan penuh tanggungjawab berhubung gerakan yang mempunyai hubung kait dengan mahasiswa khususnya di IPT,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Dasar Pendidikan Tinggi Nasionaljawatankuasa khasKPT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mempersoalkan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung peluang untuk lepasan tahfiz memasuki institusi pendidikan tinggi...

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini diberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd