• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Setuju Naikkan Paras Harga IPG RM2.70 Sekilogram

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Setuju Naikkan Paras Harga IPG RM2.70 Sekilogram
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kerajaan bersetuju menaikkan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.50 kepada RM2.70 satu kilogram (kg) dengan peruntukan berjumlah RM350 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching berkata, persetujuan itu semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Bajet 2023 pada 24 Februari lalu.

“Kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan pekebun kecil getah yang mana pendapatan mereka akan terjejas apabila harga getah merosot,” katanya semasa pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) yang bertanyakan adakah kerajaan bercadang menaikkan kadar IPG daripada RM2.50 ke RM4.50 pada waktu ini.

Aminah menambah, mengenai cadangan meningkatkan harga lantai getah sekerap kepada RM4.50 satu kg, pihak kementerian akan melaksanakan paras harga pengaktifan IPG RM2.70 seperti mana yang diumumkan dalam Bajet 2023.

“Dalam masa sama, Kementerian Perladangan dan Komoditi akan memperhalusi cadangan itu bersama kementerian dan agensi terbabit tertakluk kepada kemampuan kewangan semasa kerajaan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: IPGKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd