• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Masak Tulen Kekal

oleh Mohd Arshad
08/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Harga Minyak Masak Tulen Kekal
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kerajaan dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga minyak masak kelapa sawit tulen untuk tempoh bermula hari ini sehingga 7 April depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi kenyataan memaklumkan, ia adalah komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga bagi mengelakkan kesan kepada pengguna.

Katanya, selain pelbagai inisiatif di bawah Payung Rahmah, turut diteruskan adalah peranan kerajaan menerusi KPDN yang menetapkan harga runcit maksimum bagi minyak masak tulen kemasan botol bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.4) 2023.

“Secara umumnya, terdapat sedikit kenaikan harga minyak sawit mentah untuk bulan Februari berbanding bulan sebelumnya.

“Walau bagaimanapun, berdasarkan rundingan diadakan sebelum ini, kerajaan dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga minyak masak kelapa sawit tulen,” katanya hari ini.

Jelas KPDN, harga runcit maksimum bagi tempoh tersebut adalah RM6.90 bagi kemasan botol satu kilogram (kg), RM13.30 (2 kg), RM19.60 (3 kg) dan RM30.90 bagi 5 kg.

Katanya, mana-mana pihak yang didapati menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Individu boleh dikenakan denda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala bagi syarikat boleh didenda sehingga RM500,000. – UTUS

UtusanOnline-

Tags: harga minyak masakkekalkelapa sawit tulen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN Tronoh Minta DAP Kekal Dalam Kerajaan Perpaduan

ADUN Tronoh Minta DAP Kekal Dalam Kerajaan Perpaduan

04/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Hal Ehwal Antarabangsa Pemuda DAP (DAPSY) Kebangsaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Steven...

DAP Buat Keputusan Kekal Atau Keluar Kerajaan Pada 16 Ogos – Anthony Loke

DAP Buat Keputusan Kekal Atau Keluar Kerajaan Pada 16 Ogos – Anthony Loke

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – DAP akan menyerahkan kepada lebih 4,000 perwakilan parti untuk menentukan sama ada parti itu akan terus kekal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd