• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Tronoh Minta DAP Kekal Dalam Kerajaan Perpaduan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
ADUN Tronoh Minta DAP Kekal Dalam Kerajaan Perpaduan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Hal Ehwal Antarabangsa Pemuda DAP (DAPSY) Kebangsaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Steven Tiw Tee Siang berpandangan DAP perlu terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau mendakwa pada pandangan peribadinya, DAP perlu terus berkhidmat dalam Kerajaan Perpaduan dan mengekalkan kestabilan.

Dakwa beliau, DAP tidak perlu melayan objektif pihak lawan yang mahu memecah-belahkan kerjasama dalam kerajaan, sebaliknya perlu terus bergerak ke hadapan dan memberi khidmat kepada rakyat.

“Pada pandangan peribadi saya, DAP harus terus berkhidmat dalam Kerajaan Perpaduan dan mengekalkan kestabilan. Itulah perkara paling penting untuk Malaysia.

“Kita tidak perlu melayan objektif pihak lawan yang mahu memecah-belahkan kita. Teruskan melangkah ke hadapan dan terus berkhidmat,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook malam tadi memaklumkan lebih 4,000 perwakilan parti akan menentukan sama ada DAP akan terus kekal dalam Kerajaan Persekutuan sehingga tamat penggal Parlimen atau sebaliknya.

Anthony Loke dipetik berkata, usul berhubung kedudukan DAP dalam kerajaan akan dibentangkan pada Persidangan Kebangsaan DAP yang dijadual berlangsung pada 16 Ogos ini, dengan keputusan diserahkan sepenuhnya kepada para perwakilan parti. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Steven Tiw Tee Siang

Tags: adunAhli Dewan Undangan NegeriDAPkekalkerajaan perpaduanSetiausaha Hal Ehwal Antarabangsa Pemuda DAP (DAPSY) KebangsaanSteven Tiw Tee SiangTronoh
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Menerusi satu...

Fadhli Shaari Bangkit Hubungan ADUN, Zetrix AI Dengan Syarikat Pembangun Aplikasi TuJu

Fadhli Shaari Bangkit Hubungan ADUN, Zetrix AI Dengan Syarikat Pembangun Aplikasi TuJu

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari membangkitkan hubungan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd