• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tumbuk Majikan Sampai Mati Selepas Dimaki ‘babi’

oleh AK-47
06/02/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Tumbuk Majikan Sampai Mati Selepas Dimaki ‘babi’
Share on FacebookShare on Twitter

Alor Setar : Perkataan ‘babi’ yang terkeluar dari mulut seorang lelaki terhadap pekerjanya dipercayai menjadi punca suspek hilang sabar dan menyerang mangsa dengan menumbuk serta memukul menggunakan kayu bendera hingga meninggal dunia di sebuah restoran di Jalan Stadium, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, setakat ini suspek yang berusia 55 tahun itu sudah direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati suspek tidak memiliki rekod lampau dan ujian air kencing juga mendapati dia bebas daripada sebarang pengaruh dadah.

“Kita masih menunggu hasil laporan bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa dan setakat ini seramai lima saksi sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya.

Dalam kejadian jam 5.15 petang kelmarin, warga emas berusia 68 tahun rebah selepas ditumbuk dan dipukul menggunakan kayu bendera oleh suspek.

Kejadian berlaku ketika suspek yang juga pembantu tukang masak bersama isteri serta anak perempuannya bekerja di restoran terbabit sebelum berlaku perselisihan faham di belakang premis. Hasil siasatan awal mendapati perselisihan faham berlaku antara anak mangsa dengan isteri suspek yang berang kerana anak pemilik restoran berkenaan menuang air bilasan pinggan ke dalam bekas peralatan yang sudah dicuci.

Ketika itu, mangsa keluar dari restoran dan terus memarahi isteri suspek sebelum berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa.

Mangsa dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suspek membuatkan pekerjanya itu hilang sabar dan menyerang menggunakan sebatang kayu bendera serta menumbuk mukanya sebelum pergaduhan itu dileraikan.

Mangsa ketika itu rebah dan dia yang mempunyai sejarah penyakit jantung, darah tinggi dan sakit tulang belakang kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Difahamkan, suspek bekerja di restoran berkenaan sejak Disember 2022 lalu.

-Harian Metro

Tags: majikanmakiMATI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

05/11/2025
0

KULIM: Seorang wanita dan anak perempuan berusia empat tahun ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Perak di sini, malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd