• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

oleh AK-47
27/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH)

Setiausaha Agung Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, pelaksanaan WFH perlu disokong dengan garis panduan yang jelas bagi mengelakkan ketidakadilan.

“Antara perkara utama perlu diberi perhatian skop pekerjaan yang sesuai, penetapan waktu kerja yang jelas serta perlindungan terhadap hak pekerja untuk tidak diganggu di luar waktu kerja,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama, beliau menegaskan aspek kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan termasuk risiko beban kerja berlebihan dan tekanan untuk sentiasa responsif.

Kata beliau, kekaburan sempadan antara kehidupan kerja dan peribadi, serta pengasingan sosial boleh membawa kepada stres dan keletihan emosi.

“Majikan perlu memastikan pengurusan kerja yang munasabah dan beretika selaras dengan prinsip kesejahteraan pekerja,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pekerja juga perlu dibekalkan dengan kemudahan kerja yang mencukupi bagi melaksanakan WFH dengan berkesan.

Tambah beliau, kos operasi tidak seharusnya dipindahkan kepada pekerja seperti kos utiliti elektrik dan internet yang digunakan bagi tujuan kerja dari rumah.

Beliau turut mengingatkan WFH tidak boleh dijadikan alasan untuk menekan pekerja, sebaliknya mesti dilaksanakan secara adil, telus dan melalui rundingan bersama.

Sehubungan itu, UNI-MLC mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan garis panduan nasional berkaitan WFH. – MYNEWSHUB

 

Tags: BDRbekerja dari rumahgangguanKesatuan sekerjaLuar Waktu bekerjamajikanUNI-MLCWork from home
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd