• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

oleh Mohd Arshad
05/11/2025
dalam Terkini
0
Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM: Seorang wanita dan anak perempuan berusia empat tahun ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Perak di sini, malam tadi.

Wanita berusia 30 tahun itu ditemui tergantung di kipas siling manakala anak perempuannya terbaring tidak bernyawa di katil, dipercayai akibat dilemaskan dengan bantal.

Bagaimanapun, anak lelakinya yang berusia tujuh tahun selamat apabila ikatan di lehernya dipercayai terlucut ketika ditolak dari tangga aluminium oleh ibunya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan, berkata bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menerima panggilan orang awam pada jam 11.05 malam tadi, berhubung penemuan wanita tidak sedarkan diri.

Katanya, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Kulim Hi- Tech dihantar ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

“Lokasi kejadian adalah rumah teres kos rendah setingkat yang mempunyai tiga bilik.

“Pemeriksaan menemukan wanita itu tergantung di kipas siling manakala anak perempuannya berusia empat tahun di atas tilam dalam bilik pertama,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zulkifli berkata, siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai bertindak demikian akibat tekanan emosi selepas kecewa dengan teman lelaki yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

“Sekeping nota yang ditinggalkan menyatakan permohonan maaf kepada semua pihak dan wanita itu mendakwa tidak sanggup menanggung sakit hati.

“Dia turut menyatakan anak-anaknya tidak boleh tinggal dengan sesiapa dan perlu dibawa bersama.

“Polis turut menemui MyKad ketiga-tiga beranak dan kad mesin juruwang automatik (ATM) milik si mati yang diletak berdekatan,” katanya.

Zulkifli berkata, kejadian itu diketahui selepas seorang jiran terdengar jeritan kanak-kanak lelaki itu dan melihat keadaan wanita berkenaan dari luar tingkap.

Katanya, jiran itu menghubungi polis dan meminta kanak-kanak lelaki terbabit membuka pintu yang berkunci dari dalam.

“Tiada kesan pecah masuk atau unsur pencerobohan ditemui di lokasi kejadian.

“Mayat dua beranak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya.

Zulkifli berkata, kanak-kanak lelaki itu yang melecet pada leher dan rahang, kini menerima rawatan di Hospital Kulim.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan cubaan membunuh,” katanya.

BHonline-

Tags: ibu dan anakMATI
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

18/07/2025
0

PAPAR: Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar yang ditemui pengsan di dalam longkang berhampiran...

Disangka Babi, Lelaki Maut Terkena Tembakan Ketika Berburu

Disangka Babi, Lelaki Maut Terkena Tembakan Ketika Berburu

27/05/2025
0

SRI AMAN: Seorang lelaki maut selepas terkena tembakan ketika memburu di kawasan hutan Sungai Dor di Melugu pada petang Ahad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd