• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkeso Sedia Laksana Inisiatif Kerajaan

oleh AK-47
26/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Perkeso Sedia Laksana Inisiatif Kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia akan memastikan kesemua 54 pejabat di seluruh negara melaksanakan inisiatif yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2023 untuk kementerian berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memperkukuh perlindungan sosial negara dan memperkasa pasaran buruh tempatan.

Menurutnya, Perkeso telah diperuntukkan lebih daripada RM 313 juta bagi melaksanakan lima inisiatif perlindungan sosial negara dan lima inisiatif program pasaran buruh aktif bagi tahun 2023.

“Bagi inisiatif Padanan Caruman Pekerja Sendiri, Perkeso menambah tiga lagi sektor baharu iaitu sukan, pendidikan dan ejen untuk pembiayaan 80 peratus pelan caruman Skim Keselamatan Pekerjaan Sendiri (SKSPS), manakala pembiayaan penuh pula diteruskan kepada sukarelawan di sektor awam.

“Menerusi Geran Caruman Suri Rumah Miskin (SKSSR), Perkeso menumpukan liputan perlindungan sosial kepada suri rumah dari isi rumah miskin. Sebanyak RM25 juta peruntukkan bagi melindungi 338,000 suri rumah keluarga miskin selama 12 bulan di bawah SKSSR,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Seterusnya, Program Saringan Kesihatan Perkeso Pasca Covid-19 pula, Perkeso akan melaksanakan Program Saringan Kesihatan dengan dana RM70 juta untuk mencegah Penyakit Tidak Berjangkit. Inisiatif itu terbuka kepada lebih 2.3 juta pencarum berumur 40 tahun ke atas, di bawah Skim Keilatan.

Sementara itu, Mohammed Azman menjelaskan Geran Penjagaan Kanak-kanak Kepada Wanita Kembali Bekerja adalah untuk menggalakkan wanita bekerja setelah berhenti selepas bersalin. Perkeso memperuntukkan geran satu bulan bersamaan 80 peratus daripada gaji bulanan berinsurans untukkira-kira 136,800 wanita yang kembali bekerja.

“Perlindungan Tambahan Menerusi Program LINDUNG pula Perkeso akan bekerjasama dengan penyedia insurans swasta untuk melaksanakan inisiatif berkenaan yang menyediakan pelan perlindungan keselamatan sosial di luar skop perlindungan sedia ada.

“Menerusi Program Transisi Pekerjaan Untuk Perantisan TVET & Lepasan Sekolah menyediakan insentif sebanyak RM 600 sebulan untuk tempoh 3 bulan kepada majikan yang menggajikan graduan Teknikal dan Vokasional (TVET). Menerusi dana RM 44 juta, seramai 17 ribu graduan TVET berpeluang mendapat manfaat itu,” jelasnya.

Katanya, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM56 juta untuk memperkasa kemahiran 30 ribu pekerja gig menerusi Program Bina Kerjaya Pekerja Informal Gig Riders. Program berkenaan menyediakan elaun RM500 sebulan bagi tempoh tiga bulan dan subsidi bayaran Yuran Latihan juga disediakan.

Tambahnya lagi, menerusi Pelanjutan Insentif Penggajian Secara Bersasar, ia membabitkan penempatan pekerjaan bagi kumpulan sasar daripada kalangan belia yang lama menganggur dan golongan rentan. Sebanyak RM72 juta diperuntukkan dengan insentif RM600 sebulan selama tiga bulan untuk majikan yang mengambil pekerja dari kumpulan sasar itu.

Mohammed Azman berkata, penerima faedah yang kehilangan pekerjaan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan Perkeso dan mendapat tawaran pekerjaan baharu, layak memohon bantuan mobiliti sebanyak RM500 hingga RM1,000.

“Inisiatif terakhir iaitu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM8 juta untuk menaik taraf pusat UTC di seluruh negara dan menjadikannya Pusat satelit MYFutureJobs yang menyediakan khidmat pekerjaan seperti jawatan kosong, sesi temu duga bersama majikan dan kaunseling kerjaya untuk manfaat pencari kerja termasuk bakal graduan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Inisiatif KerajaanPerkeso
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd