• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paip Air Tandak Penduduk Terdedah Risiko Cerun Runtuh

oleh AK-47
20/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Paip Air Tandak Penduduk Terdedah Risiko Cerun Runtuh
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG : Lebih 200 pemilik kebun sekitar Tanah Tinggi Lojing di sini, diminta menjaga sistem perpaipan yang menyalurkan air ke perkampungan Orang Asli kawasan itu supaya tidak pecah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, berkata ada sebahagian sistem perpaipan yang menyalurkan air kepada penduduk kampung Orang Asli di kawasan itu, melalui kawasan kebun sekitar Tanah Tinggi Lojing.

Katanya, kejadian cerun runtuh yang membabitkan kebun sayur juga menyebabkan bekalan air paip ke perkampungan Orang Asli juga terputus.

“Jadi perkara ini saya harapkan pihak yang terbabit terutamanya pekebun sayur supaya lebih prihatin terutamanya dari sudut untuk memastikan paip-paip yang dihantar ke kawasan rumah penduduk Orang Asli terjaga.

“Jadi sekiranya paip-paip ini melewati atau melintasi kawasan kebun sayur mereka maka pastikanlah agar kawasan paip ini terjaga dengan baik supaya bekalan air dapat terus disalurkan kepada penduduk di sekitar tanah tinggi itu,” katanya ketika ditemui di Pos Brooke.

Beliau berkata, pihaknya turut mendapat makluman bahawa banyak bekalan paip yang terputus disebabkan berlaku runtuhan tanah yang membabitkan kawasan tanaman sayur.

“Berkaitan dengan cerun runtuh. Kita tahu kawasan ini berbukit dan banyak yang dibangunkan dengan kebun sayur.

“Kita tidak mahu kawasan penduduk kampung ini terputus bekalan air, kerana kawasan ini sumber air daripada air tandak.

“Selain dari kerja penyelenggaraan tandak, kita juga berharap paip-paip yang dipasang ini dijaga sebaik mungkin oleh semua pihak,” katanya.

Penduduk Rajis Angah, 48, berkata penduduk sering mengalami masalah gangguan air kerana berlaku paip pecah.

“Apabila berlaku masalah gangguan air kami terpaksa menggunakan air sungai sebagai alternatif lain,” katanya.

-Berita Harian

Tags: cerun runtuhPaip Air Tandakpenduduk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Aktiviti penternakan babi tidak boleh dijalankan secara sewenang-wenangnya tanpa kawalan ketat terutama berhampiran kawasan penempatan penduduk. Memetik laporan...

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd