• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Cadang Tubuh Jabatan Kanak-Kanak

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kementerian Cadang Tubuh Jabatan Kanak-Kanak
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang untuk menubuhkan Jabatan Kanak-Kanak bagi menangani isu kanak-kanak termasuk jenayah terhadap mereka.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Sri Nancy Shukri berkata, sebelum ini, kementerian itu sudah mencadangkan perkara itu kepada kabinet, namun ia ditolak kerana membabitkan peruntukan yang terlalu besar.

“Saya akan kemukakan cadangan kepada mesyuarat kabinet Jumaat ini sekali lagi, kita terus mendesak bagi mewujudkan jabatan ini.

“Cadangan yang dibawa ini adalah holistik, yang penting kita kena usaha sebagai titik permulaan,” katanya selepas lawatan kerja ke Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sini, pada Isnin.

Nancy berkata, hasil lawatan itu, beliau mendapati Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan peralatan terkini dan penambahan kakitangan untuk menangani kes-kes jenayah di bawah D11.

“Kita mendapati D11 memerlukan peralatan komputer terkini dengan data tinggi bagi kes-kes pornografi selain bekerjasama dengan bertukar maklumat dengan pihak berkuasa luar,” katanya.

Beliau berkata, perbincangan keseluruhan lebih kepada isu kanak-kanak.

“Pihak kementerian akan sentiasa menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak polis yang saling memerlukan terutamanya isu-isu jenayah membabitkan kanak-kanak dan wanita,” katanya.

Sebelum ini, KPWKM akan mewujudkan jabatan khas bagi melindungi kanak-kanak termasuk melibatkan isu penderaan dan pengabaian.

Nancy dilaporkan berkata, penubuhan jabatan itu sudah dipersetujui secara prinsipal oleh kabinet termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-Sinar Harian

Tags: Jabatan Kanak-Kanakkementerian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Dah Pernah Laluinya” – Ahmad Idham Dakwa Tahu ‘Mainan Halus’ DAP

“Saya Dah Pernah Laluinya” – Ahmad Idham Dakwa Tahu ‘Mainan Halus’ DAP

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri mendakwa terdapat ‘mainan halus’ yang dilakukan oleh DAP ketika menerajui...

PRN Johor: PM Anwar Pertahan Kor Ming Umum Peruntukan Kementerian, Tidak Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

PRN Johor: PM Anwar Pertahan Kor Ming Umum Peruntukan Kementerian, Tidak Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri mempertahankan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd