Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

Demi Beraya Dengan Stacy,...

BULAN lalu, penyanyi Akim Ahmad pernah mengumumkan akan menunaikan umrah bersama kumpulan The Majistret...

Bekas Pengarah Syarikat Didakwa...

KUALA TERENGGANU - Seorang bekas pengarah sebuah syarikat yang menetak Ketua Polis Daerah...

Dokumen Penghakiman Bocor: Keterangan...

PETALING JAYA : Kertas siasatan membabitkan kes kebocoran keputusan penghakiman Datin Seri Rosmah...

Ayie Floor 88 Rebah...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Floor 88 menafikan insiden vokalisnya, Ayie, rebah ketika mengadakan...

Jangan Terima Ahli UMNO Dipecat, Digantung – Ahmad

PONTIAN : UMNO berharap parti-parti dalam kerajaan perpaduan tidak menerima ahlinya yang dipecat atau digantung atas dasar saling hormati sebagai rakan dalam pentadbiran kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ahli UMNO sama ada dipecat atau digantung tentu mereka mempunyai masalah yang telah dilakukan.

Jika diterima, dibimbangi masalah mereka pula akan menjangkiti parti tersebut yang boleh menjejaskan keharmonian sebagai rakan dalam gabungan itu.

“Atas dasar saling hormat-menghormati, wajarlah permohonan mereka itu ditolak dan tidak menerima mana-mana ahli UMNO yang ingin menyertai parti dalam kerajaan perpaduan sekarang.

“Mengapa mereka tidak pula memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pas yang sebelum ini dikatakan ‘mesra’ dan tidak bersama kerajaan,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dipecat, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang menyatakan hasrat menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian selepas menghadiri majlis perkahwinan pasangan Mohamad Fadzli Mohamad Yasin dan Fathin Azira Hamdan di Taman Permata Kayu Ara Pasong, di sini hari ini.


Zahidi yang juga bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dipecat sebagai ahli UMNO berikutan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ( PRU15) apabila tidak dicalon semula oleh UMNO.

UMNO juga tidak mengetahui bahawa Zahidi Zainul juga akan membawa kira-kira 100 ahli UMNO Bahagian Padang Besar untuk bersamanya menyertai PKR.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan memaklumkan setakat ini Ibu Pejabat UMNO belum menerima surat rayuan daripada pemimpin dan ahli yang dipecat atau digantung keahlian.

Minggu lalu, Majlis Kerja Tertingi (MKT) UMNO memecat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, manakala Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan serta beberapa pemimpin lain pula digantung keahlian selama enam tahun.

Ditanya samaada beliau akan bertanding merebut jawatan tertinggi pada pemilihan UMNO tahun ini, Ahmad memaklumkan belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori