Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Pan Borneo Rangsang Koridor...

PAPAR - Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan membantu merancakkan lagi agenda pembangunan...

PRK: Calon PAN Dakwa...

KUALA KANGSAR - Setelah dikritik hebat sebagai boneka DAP dalam komponen Pakatan Harapan,...

Nasib 20,000 Kakitangan MAS...

PETALING JAYA - Nasib bagi 20,000 kakitangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan ditentukan...

Manchester United Julang Piala...

LONDON - Manchester United menjuarai Piala FA dengan kemenangan 2-1 dalam masa tambahan...

Gempa Bumi: 85 Rakyat Malaysia Di Syria Selamat

Kuala Lumpur : Kementerian Luar mengesahkan seramai 85 rakyat Malaysia yang berada di Syria selamat dan tidak terjejas dengan bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria, awal pagi Isnin lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, perkara itu disahkan pihak berkuasa Syria kepada Malaysia.

“Berdasarkan maklum balas dari Syria, semua 85 rakyat Malaysia dilaporkan selamat dan tidak berada di dalam kawasan bencana.

“Pada masa sama, misi bantuan ke Syria juga sedang digerakkan.

“Saya doakan semoga pasukan bantuan diberi kekuatan dan iltizam untuk meneruskan misi bantuan ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.


Beliau berkata, perkembangan itu dikongsikan menerusi Mesyuarat Koordinasi Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi di Turkiye dan Syria yang diadakan secara berkala bagi mengemaskini keadaan semasa misi bantuan di dua negara terbabit.

“Setakat ini, hanya empat rakyat Malaysia yang masih berada di kawasan terjejas iaitu dua daripada mereka adalah doktor yang berkhidmat dengan hospital manakala dua lagi berkahwin dengan warga tempatan.

“Berdasarkan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), jumlah korban terkini mencecah lebih 29,000 dengan angka korban di Turkiye seramai 24,617 orang manakala di Syria seramai 4,500 orang,” katanya.

Katanya, mesyuarat koordinasi yang dipengerusikan Ketua Protokol, Kementerian Luar itu turut dihadiri Duta Besar Republik Turkiye ke Malaysia, wakil Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perdana Menteri.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori