• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diterajui Khalid, Amanah Kelantan Sedia Kerjasama Dengan BN

oleh AK-47
02/02/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Diterajui Khalid, Amanah Kelantan Sedia Kerjasama Dengan BN
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas menteri, Khalid Samad, kini menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Amanah Kelantan dalam usaha parti itu memastikan Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Khalid yang pernah menjadi Wilayah Persekutuan itu diberi mandat oleh pimpinan pusat bagi menggerakkan pengurusan, pendekatan dan prestasi parti di peringkat negeri susulan keputusan pilihan raya umum (PRU) ke-15 lalu yang menyaksikan PAS menyapu bersih semua 14 kerusi parlimen di Kelantan.

“Saya diarahkan oleh Amanah Nasional untuk mengambil alih pengurusan Amanah Kelantan untuk menghadapi PRN.

“Ini adalah bagi menentukan, insya-Allah, kita dapat mempertingkatkan prestasi, kerana apabila orang yang menguruskan pilihan raya itu sendiri terlibat dalam pilihan raya mungkin tidak dapat memberikan tumpuan yang lebih menyeluruh,” katanya dalam sidang media di Kota Bharu hari ini.

Hadir sama Pengerusi PH Kelantan Muhammad Hussain dan barisan ahli jawatankuasa Amanah negeri.

Khalid yang juga pengarah komunikasi Amanah berkata berdasarkan apa yang berlaku pada PRU ke-15 hujung tahun lalu parti itu sedar cabaran yang dihadapi adalah besar.

Keadaan itu, tambah Khalid, turut disulitkan dengan adanya ‘gelombang hijau’ yang menyaksikan calon PN menguasai Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Sementara itu mengulas mengenai kerjasama antara parti dalam PRN akan datang, Khalid berkata, Amanah Kelantan terbuka sekiranya berlaku kerjasama di antara PH dengan BN.

Apa yang lebih penting, katanya, ialah peluang untuk memenangi sesebuah kerusi dan perkara itu masih di peringkat perbincangan sebelum diputuskan oleh pimpinan PH.

“Jika PRN ke-15 nanti kami (Amanah) perlu bekerjasama, tidak ada masalah walaupun jumlah kerusi yang ditandingi setiap parti akan berkurangan.

“Apa yang menjadi keutamaan adalah jumlah kerusi yang akan dimenangi bukannya jumlah kerusi yang ditandingi semata-mata.

“Jika pucuk pimpinan parti merasakan bekerjasama lebih baik pada PRN nanti, usaha ke arah itu akan dibuat dan kami sentiasa akur,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: AmanahAmanah KelantanBNkerjasamaKhalid Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: AI Chatbot Medium BN Perkenal Calon, Tapis Berita Palsu

PRN Sabah: AI Chatbot Medium BN Perkenal Calon, Tapis Berita Palsu

08/11/2025
0

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah hari ini menggunakan AI Chatbot BN Sabah - satu inisiatif teknologi baharu bagi memperkenalkan...

‘BN Ramaikan Golongan Profesional Sebagai Calon Pada PRN Sabah’ – Ahmad Zahid

‘BN Ramaikan Golongan Profesional Sebagai Calon Pada PRN Sabah’ – Ahmad Zahid

12/10/2025
0

KUALA SELANGOR: Barisan Nasional (BN) akan menampilkan calon daripada UMNO, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bagi bertanding pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd