Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

BN Serah Polis Siasat...

BARISAN Nasional (BN) Pahang menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berhubung siasatan insiden dikasari...

Monumen Gempa Bumi Kinabalu...

KUNDASANG - Sebuah monumen daripada batu granit telah dibina sebagai memperingati tragedi gempa...

59 Orang Terkorban Pesawat...

MOSCOW - Sebuah pesawat Boeing yang membawa 55 penumpang terhempas di Rostov-on-Don, selatan...

Liow Akan Bertemu PM...

KUALA LUMPUR - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau akan...

‘630,000 Baris Maklumat Kerajaan Pulau Pinang Didakwa Bocor’

GEORGETOWN: Kira-kira 630,000 baris maklumat daripada laman web pangkalan data kerajaan negeri Pulau Pinang didakwa bocor dan dimuat naik menerusi sebuah platform dalam talian dikenali sebagai BreachForums.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Seorang pengguna menggunakan akaun bernama LeakBase, dalam satu hantaran mendedahkan bahawa dia telah memuat naik data berkenaan di laman web forum itu pada 18 Januari lalu.

“Hello komuniti BreachForums, hari ini saya telah memuat naik Pangkalan Data Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk anda muat turun.

“Terima kasih kerana membaca dan selamat menikmati,” tulis pemilik ID terbabit dalam satu hantaran fail bersaiz 280 megabait (MB) itu.

Dakwaan itu pada mulanya dikongsi pemilik akaun bernama @FalconFeedsio di Twitter sebelum sebuah laman Facebook dikenali sebagai OMG Hackers turut berkongsi hasil pemerhatian mereka terhadap isu kebocoran data tersebut.

“Sekali lagi, ID pengguna ‘LeakBase’ di BreachForums membuat dakwaan memiliki data bocor Malaysia. Kali ini, data bocor daripada ID pengguna di BreachForums bertaraf ‘GOD’ itu mendakwa memiliki 630,000 baris data daripada kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Hantaran itu telah dimuat naik pada 18 Januari 2023 di BreachForums dan data yang dimiliki termasuk nama, e-mel, kata laluan dan nombor kad pengenalan,” tulisnya.


Bagaimanapun perkongsian data terbabit yang antaranya turut mengandungi maklumat seperti nama penuh individu tertentu tidak lagi boleh diakses setakat jam 6 petang hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari, berkata kerajaan negeri memandang serius isu tersebut dan memaklumkan data bocor tersebut diperoleh daripada pangkalan data lama.

“Pejabat setiausaha kerajaan negeri yang mengendalikan laman web berkenaan telah diarah menjalankan penilaian bagi mengelakkan pencerobohan data pada masa akan datang.

“Kita tidak boleh menerima sebarang bentuk amalan pencerobohan sedemikian kerana ia mendedahkan sistem kita terhadap (risiko) serangan (siber),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan laman web kerajaan negeriiaitu www.penang.gov.my merupakan portal sehenti yang menawarkan lebih 30 e-perkhidmatan atas talian melibatkan perkhidmatan awam, wakil rakyat dan exco.

BreachForum merupakan laman web gelap yang memaparkan forum perbincangan mengenai kebocoran data, aktiviti menggodam dan mencuri data dengan memiliki ahli berdaftar seramai 255,000 sejak dilancarkan pada Mac tahun lalu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori